Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERTINGKAT KEMAHIRAN TENAGA KERJA SINGAPURA

MOU pertingkat sektor latihan dan pendidikan dewasa dimeterai

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



DUA Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meningkatkan sektor latihan dan pendidikan dewasa (TAE) setempat dengan mempertingkat kemahiran serta menawar lebih banyak sokongan kepada pendidik TAE dimeterai, semalam.



Institut bagi Pembelajaran Orang Dewasa (IAL) - iaitu sebuah institut berautonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) - dan SkillsFuture Singapore (SSG) memeterai dua MOU itu bersama dengan NTUC LearningHub dan kelima-lima politeknik di sini.



Dengan kerjasama itu, ia akan membolehkan IAL dan rakan utamanya meningkatkan taraf profesionalisme serta usaha mempertingkat kemahiran pendidik TAE.



"Para karyawan dalam sektor TAE boleh mengharapkan latihan responsif industri dan bermutu tinggi yang meningkatkan pengalaman dan keberkesanan pembelajaran bagi semua pelajar dewasa di Singapura," kata pihak berkepentingan dalam satu kenyataan bersama IAL, SUSS, SSG, NTUC Learning Hub dan kesemua lima politeknik di sini.



Kenyataan itu menambah, kerjasama itu akan merangkumi beberapa bidang khusus tertentu termasuk penukaran dan interaksi antara kakitangan IAL dengan politeknik di sini dan memperkukuhkan kerjasama dengan SUSS.



Bidang lain turut merangkumi usaha transformasi digital bagi menjalankan CET bersama dengan syarikat teknologi, memberikan pengiktirafan industri secara rasmi dan memperluas Hab Kecerdasan Kerjaya (CAH) NTUC LearningHhub.



Majlis memeterai MOU itu diadakan semasa Forum SkillsFuture semalam di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI).



Acara itu merupakan acara pembukaan Pesta SkillsFuture 2022, sedang institusi pendidikan dewasa di sini terus bekerjasama untuk meningkatkan mutu Latihan dan Pendidikan Sepanjang Hayat (CET), serta menawarkan lebih banyak sokongan kepada tenaga manusia setempat membuat penyesuaian keperluan ekonomi yang kian berubah.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, turut hadir selaku tetamu kehormat acara itu.



Dalam ucapannya beliau berkata: "Kerjasama seperti ini akan dapat mengenal pasti dan membangunkan amalan terbaik, membolehkan inovasi terhadap cara baru melatih dan membantu menaik taraf pendidik latihan bagi orang dewasa.



"Dan saya ingin menekankan perkara ini - kami selalu bincangkan tentang membantu pelajar dewasa kami belajar (kemahiran baru), tetapi langkah pertama untuk berbuat demikian adalah untuk membantu pendidik dewasa kami belajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta pengalaman mereka kepada pelajar dewasa itu," tegas Encik Chan.



Encik Tan Kok Yam, Ketua Eksekutif SSG dan Pengerusi Majlis IAL berkata: "Pendidik dewasa adalah kunci menyampaikan pembelajaran dewasa bermutu tinggi. Mereka menyediakan tenaga manusia kami dengan kemahiran dan kecekapan untuk mencapai matlamat kerjaya mereka dan terus membangun meskipun dibelenggu ketidaktentuan.



Profesor Lee Wing On, Pengarah Eksekutif IAL, pula berkata adalah penting usaha mempertingkat kemahiran itu dilakukan serta merta dengan perubahan digital, bekerja secara berasingan semakin pesat serta perubahan struktur rantaian bekalan.



"Kesan mendalam yang ditawar oleh institut pendidikan dan pembelajaran dalam industri adalah penting bagi pembangunan dan kemakmuran jangka panjang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >