Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF: Kes dera warga emas berkurang tahun lalu

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH kes penderaan melibatkan warga emas mudah terjejas berusia 65 tahun dan ke atas telah merosot dari 127 kes pada 2019 ke 96 pada 2020, berdasarkan siasatan Khidmat Pelindungan Dewasa (APS) Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Mendedahkan demikian menerusi kenyataan media hari ini, MSF berkata walau kes penderaan warga emas berkurangan tahun lalu, terdapat lebih banyak kes yang mempunyai lebih daripada satu jenis penderaan berbanding 2019.



Contohnya, mangsa dera boleh mengalami penderaan fizikal dan penderaan psikologi atau emosi.



Berkongsi lanjut, MSF berkata terdapat peningkatan sebanyak 30 peratus dalam kes yang melibatkan penderaan psikologi/emosi.



Warga emas yang menjadi mangsa kebanyakannya wanita dan sekitar 90 peratus pelaku ialah anggota keluarga mangsa, termasuk anak dan pasangan.



Menyentuh tentang kes dera dalam kalangan warga emas, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata:



"Penderaan warga emas bukan satu hal peribadi dan tidak patut ditoleransi. MSF memandang setiap kes dengan serius dan semua orang mempunyai peranan dalam memastikan warga emas kita selamat."



Memberi jaminan, beliau berkata MSF bersama rakan masyarakat akan terus menyediakan sokongan holistik dan campur tangan bagi warga emas yang menjadi mangsa penderaan, pelaku dan keluarga mereka.



Beliau menggesa orang ramai agar mendekati awal warga emas yang mereka mengesyaki didera dan menggalakkan mereka untuk menghubungi Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional 24 jam di 1800-777-0000.



Orang ramai juga boleh menelefon bagi pihak mangsa, katanya lagi.



Untuk mengenal pasti tanda-tanda warga emas didera, MSF berkata penderaan fizikal termasuk lebam, luka kebakaran dan kulit melecet, atau unusual abrasions.



"Menjauhkan diri daripada interaksi dan kegiatan sosial, mengelak daripada memandang mata dan tanda-tanda kemurungan atau kegelisahan mungkin juga menjadi petunjuk penderaan psikologi/emosi.



"Penjaga juga mungkin menolak lawatan dan menunjukkan tingkah laku yang mengancam, memperkecilkan atau mengawal terhadap warga emas itu," kata MSF.



Tanda-tanda pengabaian termasuk 'bedsore', atau keadaan melecet kerana baring terlalu lama di katil, keperluan perubatan mereka tidak terjaga, tahap kebersihan yang lemah, berat badan rendah yang luar biasa, serta keadaan hidup yang tidak selamat atau kotor, tambahnya.



Hari ini, MSF meraikan Hari Kesedaran Penderaan Warga Emas Sedunia (WEAAD) untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai penderaan warga emas, dalam usaha menyokong kempen 'Break The Silence'.



Tahun ini, MSF dan Pasukan Petugas Keganasan Keluarga (FVTF) mempunyai matlamat untuk meningkatkan pemahaman dan empati terhadap warga emas yang menjadi mangsa penderaan dan menggalakkan laporan awal serta sikap mencari bantuan dalam kalangan warga emas, penjaga dan orang ramai secara umum supaya warga emas boleh menerima bantuan serta sokongan tepat pada waktu.



"MSF juga terus bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi masyarakat seperti Pusat Pakar Keganasan Keluarga dan Agensi-agensi Khidmat Sosial (SSA) lain untuk memastikan mangsa penderaan warga emas dan keluarga mereka, termasuk mereka yang memerlukan perlindungan undang-undang, disokong dengan baik," kata MSF.



Selain Talian Bantuan Anti Keganasan Nasional, orang ramai boleh menghubungi polis di talian 999 atau mengirim SMS kepada 71999 dalam keadaan mengancam nyawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >