Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF labur tambahan $9j setahun tingkat program golongan kurang upaya

Yuran pusat kegiatan siang hari dikurang, perbaiki sokongan pengurusan kes bagi yang memerlukan
Apr 21, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan melaburkan lagi $9 juta setahun bagi meningkatkan taraf dua program bagi golongan dewasa kurang upaya di sini dan menjadikannya lebih dimampui.



Hasilnya, bermula Oktober ini, yuran bulanan di Pusat Kegiatan Siang Hari (DAC) bagi 50 peratus klien DAC akan dikurangkan daripada antara $106 dengan $754 kepada antara $20 dengan $170.



Individu dewasa kurang upaya yang menetap di rumah tumpangan bagi orang dewasa kurang upaya (ADH) atau mereka yang menggunakan perkhidmatan ADH juga bakal meraih manfaat daripada pelaburan tersebut bermula 1 Julai 2021.



Mengumumkan demikian semalam, MSF berkata ia mahu meningkatkan mutu dan kemampuan perkhidmatan penjagaan bagi individu kurang upaya.



Ini termasuk memperbaiki sokongan pengurusan kes bagi golongan yang memerlukan lebih banyak sokongan.



Golongan tersebut selalunya merupakan mereka yang mempunyai kurang upaya intelek tahap sederhana hingga teruk dan/atau autisme, ditambah dengan keperluan tingkah laku yang tinggi.



Mereka juga sering tidak dapat berkomunikasi atau mempunyai kebolehan komunikasi yang terhad.



"Usaha ini memperkukuh lagi visi yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk bagi menyokong golongan kurang upaya untuk membolehkan golongan ini mencapai potensi sebenar mereka dan mengambil bahagian sebagai anggota masyarakat yang menyumbang," jelas MSF dalam kenyataannya.



Peningkatan pembiayaan bagi DAC membolehkan mereka menggajikan lebih ramai kakitangan untuk mempertingkat mutu penjagaan bagi klien.



Buat masa ini, DAC mempunyai lebih daripada 1,300 klien.



Mulai 1 Oktober tahun ini juga, MSF akan memperkenal had bayaran bagi pelanggan DAC dari isi rumah dengan pendapatan isi rumah per kapita kasar $2,800 sebulan atau kurang.



Kementerian itu juga akan memberikan tambahan sekitar $3 juta setiap tahun bagi membolehkan peningkatan di DAC dilaksana.



Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus pembiayaan tahunan sedia ada.



Bagi ADH pula, MSF berkata dengan peningkatan pembiayaan, ADH boleh menggajikan lebih ramai kakitangan penjagaan dan pakar psikologi untuk menyokong penduduk mereka dengan lebih baik.



Ia akan melaburkan tambahan sekitar $6 juta setiap tahun bagi ADH, tambahan 25 peratus pendanaan berbanding pada masa ini.



Dalam pada itu, MSF juga telah melancarkan Program Sokongan Orang Kurang Upaya perintis melibatkan Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) untuk memberi sokongan tambahan kepada individu kurang upaya dengan keperluan sokongan tinggi serta penjaga mereka.



Di bawah program perintis itu, sekumpulan pekerja sosial dan karyawan kesihatan bersekutu pelbagai-disiplin yang dilatih akan membantu setiap keluarga mempunyai akses lebih baik kepada sistem eko khidmat sokongan sosial dan kurang upaya, serta menyelaraskan campur tangan dan perkhidmatan yang diperlukan keluarga tersebut.



Dilancarkan pada 1 April lalu, program tersebut akan berlangsung selama tiga tahun dan bertujuan menyokong sehingga 100 kes.



Pengumuman MSF ini dilakukan seminggu selepas ia mendedahkan beberapa usulan yang diketengahkan dua kumpulan kerja di bawah Pelan Induk Pemerkasaan Ketiga (EMP3), yang bertujuan mempertingkat kehidupan golongan kurang upaya di sini.



"Kami ingin menyokong bukan sahaja individu kurang upaya dengan keperluan sokongan tinggi bahkan juga penjaga mereka.



"Kami akan mengusahakan pengaturan penjagaan stabil bagi orang kurang upaya agar mereka boleh terus hidup dan dijaga oleh keluarga mereka dan di dalam masyarakat," ujar Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




"Kami ingin menyokong bukan sahaja individu kurang upaya dengan keperluan sokongan tinggi bahkan juga penjaga mereka.

Kami akan mengusahakan pengaturan penjagaan stabil bagi orang kurang upaya agar mereka boleh terus hidup dan dijaga oleh keluarga mereka dan di dalam masyarakat."

- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >