Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MTFA agih 800 kg daging korban kepada penerima bantuan

Jul 10, 2023 | 03:54 PM



Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) mengagihkan 800 kilogram daging korban tahun ini kepada 400 isi rumah penerima bantuan di serata Singapura.

Sekitar 40 sukarelawan membantu dalam pengagihan tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MTFA berkata acara pengagihan daging korban itu merangkumi nilai ihsan.

“Seruan kami untuk mendapatkan pemandu sukarela telah menerima sambutan yang menggalakkan.

“Sekitar 40 individu hadir, sedia untuk menyingsing lengan.

“Namun, ini bukan sekadar acara biasa. Ia menunjukkan dengan jelas komitmen MTFA terhadap ihsan –memupuk empati, rasa hormat dan kebaikan kepada mereka yang kurang bernasib baik,” menurut kenyataan itu.

Mengulas tentang acara tersebut, Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos, berkata:

“Ihsan ialah tentang mencapai tahap keimanan tertinggi, mengambil berat tentang ahli masyarakat lain dengan kasih sayang dan kebaikan.

“Respons yang kami terima daripada pemandu sukarela serta dedikasi mereka sungguh memberi inspirasi.

“Usaha merekalah yang telah membantu kami kongsi harapan dan rasa prihatin dengan jayanya kepada anggota masyarakat yang memerlukan.”

Hujung minggu lalu, beberapa badan Islam lain juga mengagihkan daging korban kepada penerima bantuan masing-masing.

Misalnya, Jamiyah Singapura menyediakan khidmat pandu lalu untuk memudahkan pembuat korban menerima daging korban mereka.

Sebanyak 10,005 kilogram daging korban yang didermakan akan diagihkan pada minggu-minggu akan datang kepada 4,832 keluarga berpendapatan rendah, termasuk para penerima bantuan di bawah Jamiyah Singapura.

Pertapis pula mengagihkan 2,000 kilogram daging korban kepada 500 penerima bantuan menyusuli pelaksanaan ibadah korban di Australia pada 29 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >