Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Muda, bijak rebut peluang jadi rakan logistik Amazon

Aug 20, 2017 | 10:21 PM



SEMASA Encik Syafiq Yusoff memulakan perniagaan logistik tujuh tahun lalu, perniagaannya dimulakan secara kecil-kecilan dengan hanya dua van dan empat pekerja.



Hasil kerja kerasnya, perniagaan itu berkembang sehingga beliau mendapat kontrak besar untuk menjadi rakan logistik utama bagi syarikat gergasi dagangan elektronik Amerika, Amazon, apabila ia memperkenalkan khidmat Prime Now di Singapura.



Kisah Encik Syafiq dikongsi Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dalam ucapan bahasa Melayunya bagi menunjukkan semakin ramai anak muda Melayu yang memanfaatkan bidang IT dan baru dalam pelbagai sektor.



“Saya gembira kerana semakin ramai anak muda Melayu memanfaatkan IT dan memulakan syarikat baru di pelbagai sektor. Contohnya, Syafiq Yusoff. Beliau tidak tamat sekolah. Selepas Perkhidmatan Negara (NS), beliau bekerja sebagai jurulatih peribadi. Beliau kemudian mengasaskan Riverwood, sebuah syarikat logistik dengan dua van dan empat pekerja sahaja. Syafiq sedar saingan dalam bidang itu hebat.



“Tetapi, beliau kuatkan tekad dan bekerja keras dan sama-sama turun padang membuat penghantaran seperti para pekerjanya. Dengan memanfaatkan teknologi, Syafiq menaiktaraf operasinya.



Di bawah pimpinannya, Riverwood berkembang maju. Apabila Amazon Prime Now mulakan operasi di Singapura, Riverwood terpilih sebagai rakan logistiknya. Riverwood kini mempunyai seramai 120 pekerja berbilang kaum dan masih berkembang.



“Riverwood dan Syafiq adalah contoh kisah kejayaan masyarakat Melayu dalam ekonomi baru kita. Saya yakin lebih ramai orang Melayu dapat merebut pelbagai peluang yang tersedia, sama ada sebagai usahawan, karyawan mahupun teknisyen,’’ kata PM Lee.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >