Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU TUDUNG JURURAWAT

Mufti sampaikan rasa syukur kepada pemerintah

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, membalas surat Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir yang menyampaikan sentimen asatizah dan masyarakat tentang isu tudung bagi jururawat. Berikut teks penuh surat mereka.
Apr 01, 2021 | 05:30 AM



27 Mac 2021



Perdana Menteri Singapura Encik Lee Hsien Loong,



Kepada Perdana Menteri,



Kami amat mengalu-alukan perkembangan terkini daripada pemerintah tentang kemungkinan perubahan untuk membenarkan jururawat Muslim memakai tudung di tempat kerja. Anda telah menjelaskan kepada masyarakat sebelum ini bahawa pendirian pemerintah adalah tidak statik dan dasar itu harus berubah secara bertahap mengikut peredaran masa.



Kami yakin pemerintah akan dapat melihat sebab mengapa jururawat Muslim boleh memakai tudung jika mereka memilih untuk melakukan demikian dan akur bahawa satu keputusan akan dibuat apabila perbincangan dengan individu-individu berkepentingan berhubung isu itu berakhir. Dengan semakan ini, kami berharap jururawat Muslim akan meraih keselesaan dan terus mencapai kecemerlangan dalam kerjaya profesionalisme mereka. Bagi pihak mereka, saya ingin menyampaikan rasa kesyukuran dan penghargaan kami kepada pemerintah atas usaha ini.



Masyarakat Muslim menghargai sepenuhnya bahawa ini merupakan satu keputusan kompleks dengan banyak pertimbangan sukar dan bersaing. Dalam masyarakat kita yang berbilang agama, adalah bukan mudah untuk menguruskan aspirasi dan jangkaan yang berbeza selain mengekalkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan masyarakat pada masa yang sama.



Kami sokong sepenuhnya pendirian sekular dan tidak berpihak pemerintah dalam memberikan layanan yang sama kepada pelbagai kumpulan agama sedang ia berunding dengan masyarakat dan mempertimbangkan kesan dasarnya terhadap masyarakat.



Muis amat menghargai peluang untuk terus menawarkan maklum balas dan buah fikiran terhadap banyak isu nasional termasuk mengenai tudung.



Banyak dasar telah dipertimbangkan secara teliti dan menyokong keperluan masyarakat Muslim berhubung isu seperti Hota (Akta Pemindahan Organ Manusia), cara pelaksanaan institusi seperti madrasah dan masjid dan yang terkini dalam pengurusan pandemik Covid-19.



Sedang masyarakat Muslim mempunyai keperluan keagamaan tertentu, kami amat percaya bahawa prinsip dan nilai keagamaan kami menggariskan kepentingan sikap kewarganegaraan yang baik.



Ini telah ditonjolkan sepanjang tahun lalu apabila pemimpin agama membimbing masyarakat untuk membuat penyesuaian sukar sebagai sebahagian usaha memastikan keselamatan semua dan membantu negara kembali pulih daripada pandemik.



Para asatizah telah mengongsi pendapat ini dan amat menyokong pendekatan ini. Berhubung isu tudung, dalam banyak perbincangan saya dengan mereka sepanjang setahun lalu, mereka bersetuju bahawa sebarang perubahan dasar harus dilakukan secara peka tanpa mengugat perpaduan sosial kita.



Pada masa yang sama, mereka akan terus memberi jaminan dan menawarkan bimbingan sewajarnya kepada mereka yang terjejas selain menghormati pilihan para individu.



Kami juga setuju sedang cabaran sosial menjadi lebih kompleks, kita perlu berusaha mencapai perbincangan awam yang bertimbang rasa dan menghormati serta didorong oleh keinginan untuk memperkukuh kebaikan bersama dan keharmonian sosial.



Dalam mengejar satu langkah ke hadapan, kita tidak seharusnya mengambil beberapa langkah ke belakang.



Bersama-sama dengan para asatizah dan pemimpin masyarakat, kami akan bekerjasama untuk terus memperkukuh kepercayaan dan keyakinan dalam masyarakat.



Sedang masyarakat di dunia kian berpecah-belah, ia menjadi semakin penting untuk menegaskan persamaan bersama, menekankan nilai yang dikongsi bersama dan mengejar kebaikan bersama.



Kepelbagaian Singapura boleh menjadi satu kekuatan asalkan kita terus kekal bersatu dan kohesif sebagai sebuah masyarakat.



Saya ingin menawarkan sokongan berterusan kami atas usaha pemerintah dalam semakan dasar, demi memastikan kita terus mengekalkan perpaduan sosial dan mencapai kemajuan bermakna bagi masa depan.



Terima Kasih.



Yang benar



Nazirudin Mohd Nasir



Mufti, Majlis Ugama Islam Singapura




DALAM MENGEJAR SATU LANGKAH KE HADAPAN, KITA TIDAK SEHARUSNYA AMBIL BEBERAPA LANGKAH KE BELAKANG



Kami juga setuju sedang cabaran sosial menjadi lebih kompleks, kita perlu berusaha mencapai perbincangan awam yang bertimbang rasa dan menghormati serta didorong oleh keinginan untuk memperkukuh kebaikan bersama dan keharmonian sosial.



Dalam mengejar satu langkah ke hadapan, kita tidak seharusnya mengambil beberapa langkah ke belakang.



Kepelbagaian Singapura boleh menjadi satu kekuatan asalkan kita terus kekal bersatu dan kohesif sebagai sebuah masyarakat.



Saya ingin menawarkan sokongan berterusan kami atas usaha pemerintah dalam semakan dasar, demi memastikan kita terus mengekalkan perpaduan sosial dan mencapai kemajuan bermakna bagi masa depan.
- Mufti Nazirudin Mohd Nasir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >