Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muhammadiyah terima sumbangan Bitsmedia bagi bantu keluarga memerlukan

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI aplikasi terkemuka Muslim Pro, Bitsmedia, telah menderma $20,000 kepada Persatuan Muhammadiyah semalam dalam satu kerjasama terkini bagi membantu keluarga memerlukan serta menyebarkan mesej cegah penyalahgunaan dadah.



Menurut setiausaha am Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, kerjasama seperti ini adalah satu tanda baik dalam mendapatkan syarikat terkemuka membantu dalam usaha masyarakat sebegitu.



"Kerjasama ini dalam menyokong kempen Dadah Itu Haram (DIH), sangat berharga untuk kami," tambah beliau.



Sumbangan Bitsmedia itu digunakan bagi menawarkan baucar barang keperluan kepada 700 keluarga memerlukan yang boleh ditebus di pasar raya tempatan tertentu.



Penerima, selain mendapat habuan bekalan makanan dan barang keperluan rumah, turut diberi sebungkus kurma ajwa seberat 500 gram diderma oleh pihak DIH.



Lebih 100 relawan hadir semasa acara pengagihan habuan tersebut dan sekitar 20 relawan adalah daripada syarikat teknologi itu bersama rakan industri mereka lain.



"Bagi kami, sumbangan kami ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat di sini kerana Muslim Pro, walaupun terkenal di serata dunia, dibangun dan disokongi penduduk di sini," kata Cik Fara Abdullah, ketua pegawai eksekutif bersama syarikat Bitsmedia, yang mana pihaknya juga akan membantu mengagihkan 210 set makanan bento kepada keluarga memerlukan pada 6 April nanti.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim yang hadir dalam acara pengagihan habuan itu pula berkata:



"Dengan kerjasama dan rangkaian bantuan sebegini, kami harap dapat membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan dan pada masa yang sama, mereka akan dapat memimpin dan menyebarkan tentang bahaya dadah supaya mereka tidak terperangkap dalam masalah ketagihan," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >