Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis: 19 masjid terus tawar 2 zon, 47 masjid lain tawar 50 ruang solat

Jul 20, 2021 | 6:11 PM
19 masjid setempat akan terus menawarkan dua zon bagi setiap sesi solat bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya atau menjalani ujian Covid-19, kata Muis.
19 masjid setempat akan terus menawarkan dua zon bagi setiap sesi solat bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya atau menjalani ujian Covid-19, kata Muis. - NG SOR LUAN

Sejajar dengan langkah-langkah keselamatan nasional bagi tempat-tempat ibadah, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata 19 masjid setempat akan terus menawarkan dua zon bagi setiap sesi solat bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya atau menjalani ujian Covid-19.

Lain-lain 47 masjid akan terus menawarkan 50 ruang solat bagi setiap sesi, tambah Muis.

Dalam kenyataannya, Muis juga mengingatkan golongan terdedah terutamanya jemaah lanjut usia yang belum mendapatkan vaksin untuk melaksanakan solat di rumah sepanjang tempoh risiko tinggi ini.

"Ini adalah kelonggaran rukhsah yang telah diberikan oleh pemimpin agama kita," ujar kenyataan itu.

Muis menambah, masyarakat Islam di sini harus bersyukur bahawa masjid-masjid setempat terus menjadi tempat selamat untuk beribadah, dengan langkah-langkah diletakkan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg