Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis akan tingkat rangka kerja pendidikan berterusan asatizah

Portal Pengurusan Pembelajaran Bersepadu khas akan dilancar tahun depan
May 09, 2021 | 05:30 AM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan memperkenalkan rangka kerja Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) yang dipertingkat mulai suku keempat tahun ini.



Rangka kerja yang dipertingkat ini atau CPE 2.0 ini akan dilaksanakan dengan memanfaatkan skim CPE sedia ada.



Ia akan mempunyai empat ciri utama seperti integrasi, kualiti, kerelevanan dan aksesibiliti.



Pengumuman ini telah dibuat Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semasa Seminar Pelan Kerja Muis yang diadakan secara dalam talian, semalam.



Menjelaskan lebih lanjut tentang empat ciri utama itu, Encik Masagos berkata akan terdapat integrasi daripada segi kandungan keagamaan berbilang disiplin yang dipadankan dengan pembangunan keamahiran.



Ini bagi membantu asatizah memanfaatkan Rangka Kerjaya dan Kecekapan Asatizah (CCF) yang dilancarkan April tahun lalu.



Di samping itu, daripada segi kualiti kursus yang akan dikendalikan, Encik Masagos menambah ia akan turut dipertingkat.



"Kualiti kursus akan terus dipertingkat menerusi penilaian pembelajaran yang berstruktur. Pelatih kursus juga akan dilengkapi dengan metodologi dan kemahiran terkini untuk mempertingkat mutu pembelajaran," ujarnya.



Bagi memastikan kerelevanan, laluan pembelajaran dan kurikulum eksperiensial akan diubah suai untuk memenuhi keperluan asatizah yang pelbagai.



Seperti contoh, asatizah yang mahu memberi tumpuan terhadap mengajar kanak-kanak boleh memilih kursus yang memberi tumpuan terhadap pedagogi dan juga latihan semasa bekerja.



Di samping itu, pembelajaran juga akan lebih mudah diakses menerusi pengenalan pembelajaran yang mengikut rentak dan teradun bagi mempermudah asatizah mempertingkat kemahiran sedang mereka bekerja.



Dalam pada itu, Encik Masagos turut mengumumkan bahawa satu portal Pengurusan Pembelajaran Bersepadu khas akan disediakan bagi semua asatizah yang di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) akan diperkenalkan tahun depan.



Sementara itu, menjawab pertanyaan media, Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, berkata menerusi peningkatan ini ia dapat menyepadukan kemahiran dan kefahaman atau pengisian pengajian, sekali gus memberi nilai tambah kepada asatizah terutama dalam bidang pendigitalan.



"Kami berharap dengan melengkapi asatizah dengan kemahiran dan kefahaman yang kontekstual, ia akan meningkatkan nilai mereka.



"Secara tidak langsung majikan akan memberi ganjaran yang sesuai dengan kemahiran yang mereka miliki," ujarnya.




- Laporan lanjut : Masagos: Lagi empat masjid akan dinaik taraf




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >