Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis rujuk kes pensijilan halal palsu kepada polis

Aug 25, 2023 | 10:03 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah merujuk satu kes berkaitan pemalsuan pensijilan halalnya melibatkan dua tempat makan kepada Pasukan Polis Singapura.

Ini berikutan kunjungan yang dibuat Muis ke atas tempat-tempat makan yang tertera dalam pensijilan tersebut – Kak Mah Chicken dan Joy Lap’s Kitchen dan mendapati produk yang dijual tidak mempunyai Tanda Pensijilan Halal Muis (MHCM).







Menyatakan demikian dalam catatan IG dan Facebooknya, Muis berkata pihaknya sedar akan pengedaran catatan di media sosial yang menunjukkan sijil halal Muis yang dikatakan diberi kepada kededua premis tersebut.

“Sijil-sijil tersebut ternyata palsu, seperti ia ditandatangani Mufti terdahulu.

“Muis telah mengunjungi premis-premis tersebut dan mendapati tiada produk yang dijualnya yang mempunyai MHCM.

“Kami ambil serius insiden sedemikian dan telah merujuk hal ini kepada Pasukan Polis Singapura,” katanya.

Antaranya, kededua sijil Halal palsu itu menunjukkan empat alamat berbeza, meskipun kededua nama premisnya berbeza.

Kededua sijil menunjukkan empat alamat di 294 Yishun Street 22, 542B Serangoon North Avenue 3, Kinex selain di Westgate.

Sijil tersebut turut memaparkan tarikh luput pensijilan pada 30 November 2025.

Difahamkan Muis ada mengeluarkan pensijilan halal untuk tempoh dua tahun kepada tempat makan yang mempunyai rekod pematuhan yang baik.

Biasanya setiap sijil halal menandakan satu alamat sahaja, kata seorang konsultan halal yang meminta namanya tidak disiarkan.

“Kededua sijil itu juga mempunyai nombor sijil yang serupa, yang sepatutnya berbeza bagi setiap sijil,” katanya.

Konsultan itu menambah kededua sijil itu juga ditandatangani mantan Mufti, Dr Mohamad Fatris Bakaram. Padahal sijil yang sah sepatutnya ditandatangani Mufti terkini, Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir, katanya.

Sementara itu, catatan Muis turut menggesa pengguna yang ingin mengesahkan status tempat makan, dapur pusat atau pihak katerer untuk buat semakan secara online di laman www.halal.sg atau aplikasi Makan Places MuslimSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >