Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mulai esok, rakyat Malaysia di Singapura yang ingin pulang perlu permit masuk

Apr 26, 2020 | 4:31 PM
Orang ramai di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 17 Mac 2020.
Orang ramai di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 17 Mac 2020. - - Foto fail

JOHOR BARU: Mulai Isnin (27 April), rakyat Malaysia yang ingin pulang dari Singapura perlu mendapatkan permit masuk dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan dan sekitaran Johor, Encik R. Vidyananthan berkata mereka yang memohon permit perlu memberikan nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh keberangkatan dan dokumen mereka seperti salinan pas kerja, pas jangka panjang, pas penduduk tetap atau pas pelajar.

"Semua dokumen mesti dihantar ke Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura di stmsg@mhc.org.sg sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh mereka merancang untuk kembali ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada hari Ahad (26 April).

"Permit masuk akan dihantar melalui e-mel kepada mereka dan mereka perlu menunjukkan dokumen tersebut kepada pegawai Imigresen Malaysia ketika memasuki negara ini," tambahnya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg