MENGGABUNGKAN minat kraf tangan dan niat mahu berbakti semula, dua adik beradik memulakan perniagaan online Beadlebug Jewellery.
Dididik sejak kecil dengan falsafah menyumbang kembali kepada masyarakat, Cik Nadya Nasser, 25 tahun, dan adiknya, Cik Nazreen Nasser, 22 tahun, membuat keputusan menderma separuh daripada pendapatan mereka kepada anak yatim mangsa perang Syria.