Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid prasekolah menang hadiah pertama dalam peraduan reka cipta, hasilkan rantai GPS buat orang buta

Nov 29, 2022 | 10:25 PM



SEORANG kanak-kanak lima tahun, Renee Hairiyanto, terlihat seorang lelaki buta dilanda kemalangan apabila dia tidak dapat mendengar bunyi lampu isyarat kerana kebisingan trafik di sekeliling.



Kejadian ini berlaku pada Mei lalu apabila Renee, seorang murid prasekolah PCF Sparkletots, sedang berjalan pulang dari prasekolahnya.



Ini menyebabkan dia bertanya kepada ibu bapanya tentang mengapa kejadian itu berlaku serta perkara yang boleh dia lakukan untuk membantu situasi sebegitu.



Ibunya, Cikj Siti Qadriyah, 33 tahun, yang membantu golongan ekspatriat dengan urusan imigresen di sebuah syarikat teknologi, berkata:



"Renee sangat prihatin dan ingin mencari jalan untuk membantu."



Kanak-kanak prasekolah itu kemudian menghasilkan peranti untuk membantu orang cacat penglihatan dalam aktiviti harian mereka.



Ia memenangi hadiah pertama dalam kategori tadika dalam satu pertandingan.



Ciptaannya, Renee’s Necklace for the Blind, adalah rantai yang boleh dipakai di leher, memberikan arahan suara melalui fungsi GPS-nya, dan menyedarkan penggunanya melalui penderia apabila terdapat bahaya.



Renee adalah antara lebih 100 pencipta muda yang mempamerkan idea mereka untuk menyelesaikan isu dunia sebenar pada Persidangan Reka Cipta Pratt & Whitney Singapura yang diadakan di Politeknik Temasek (TP) dari 22 hingga 23 November.



Pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Stemie Advantages dan TP itu diadakan sejajar dengan sidang itu yang mempamerkan kepintaran 116 pelajar berusia antara lima hingga 19 tahun dari Singapura, Indonesia dan Vietnam.



Mereka pelajar daripada lebih 15 sekolah yang menyertakan 80 ciptaan.



Peserta pertandingan tahunan ini menggabungkan penerapan prinsip sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan unsur ciptaan dan keusahawanan.



Topik tahun ini termasuk kemampanan, wabak dan kebolehcapaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >