Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Murid prasekolah My First Skool lahir penghargaan kepada pekerja

Apr 28, 2023 | 5:30 AM
EDAR KAD PENGHARGAAN: Sempena Hari Buruh, kanak-kanak prasekolah My First Skool di Hab Masyarakat Braddell Heights telah edarkan kad penghargaan dan hadiah kepada pekerja di kawasan kejiranan Serangoon pada Khamis. Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan perusahaan NTUC, Encik Seah Kian Peng.- Foto ST
EDAR KAD PENGHARGAAN: Sempena Hari Buruh, kanak-kanak prasekolah My First Skool di Hab Masyarakat Braddell Heights telah edarkan kad penghargaan dan hadiah kepada pekerja di kawasan kejiranan Serangoon pada Khamis. Turut serta ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan perusahaan NTUC, Encik Seah Kian Peng.- Foto ST -

SEBAGAI sebahagian daripada inisiatif Hari Pekerja, kanak-kanak di prasekolah My First Skool di Hab Masyarakat Braddell Heights telah mengedarkan kad penghargaan, bunga dan coklat kepada pekerja-pekerja di kawasan kejiranan Serangoon pada hari Khamis.

Seramai 12 kanak-kanak terlibat, terdiri daripada peringkat K1 dan K2, dari prasekolah itu. Inisiatif keseluruhan itu melibatkan empat prasekolah My First Skool dan 250 kanak-kanak.

Turut menyertai aktiviti itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NTUC, Encik Seah Kian Peng, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Marine Parade dan juga pengurus besar My First Skool, Cik Thian Ai Ling.

Kanak-kanak itu akan berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan tersebut untuk menyampaikan tanda penghargaan mereka kepada para doktor, jururawat, kakitangan runcit, juruwang, tukang masak dan sebagainya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg