Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Mutawalli main peranan penting urus aset wakaf

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MAJLIS PENGAGIHAN WAKAF 2022

Mutawalli main peranan penting urus aset wakaf

* Rakan kongsi utama Muis pastikan institusi wakaf kekal terjamin * Sumber utama sokong sosioagama masyarakat
Jun 16, 2022 | 05:30 AM

PIHAK mutawalli atau pengamanah yang dilantik Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi menguruskan aset-aset wakaf memainkan peranan penting dalam memacu kerjasama demi memajukan sektor agama dan membantu masyarakat Islam Singapura.

Mereka antara rakan kongsi utama yang bekerjasama dengan Muis bagi memastikan institusi wakaf kekal terjamin dan terus menjadi sumber utama bagi menyokong keperluan sosioagama masyarakat, kata Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen sambil merakamkan penghargaannya terhadap golongan tersebut.

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tahun ini akan mengagihkan lebih $4.1 juta daripada pendapatan wakaf kendaliannya kepada pelbagai benefisiari tahun ini.

Jumlah tersebut tiga peratus lebih tinggi berbanding $4,018,273 yang diagihkan pada tahun sebelumnya.

Menyentuh usaha Muis mengukuhkan kerjasama antara pihak berkepentingan, Encik Kadir menukil contoh Memorandum Persefahaman (MOU) antara Wakaf Sheriffa Zain Alsharoff Alsagoff dan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA).

"Kerjasama ini akan membuka peluang baru bagi wakaf dan MTFA untuk memberi bantuan yang lebih baik kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah, tidak kira bangsa atau agama.

"Selain makanan dan minuman harian, keperluan penjagaan kesihatan juga memakan perbelanjaan yang besar bagi mereka yang berpendapatan rendah dan Muis berharap kerjasama ini akan memberikan sokongan yang diperlukan dari segi perubatan penting," katanya, menambah ini akan dilakukan melalui dispensari Al-Taha.

Daripada jumlah keseluruhan $4,117,524 yang akan diagihkan tahun ini, $2,896,083 disalurkan kepada benefisiari setempat manakala baki $1,221,441 akan disalurkan kepada benefisiari asing.

Ini merangkumi $403,485 yang disalurkan kepada pertubuhan dan badan amal Islam. Jumlah tersebut 40 peratus lebih tinggi berbanding agihan tahun sebelumnya.

Ia bertujuan menyokong pengendalian program dan inisiatif di bawah lima kategori utama- pemerkasaan sosial; kesejahteraan fizikal dan mental; perlindungan, pemulihan dan makan minum; kemanusiaan; dan persekitaran.

Menurut Encik Kadir, Muis mengambil pendekatan pelbagai rampang dalam memenuhi keperluan berbeza masyarakat melalui dana yang disalurkan itu.

Antara pertubuhan yang menerima sokongan termasuk Bank Makanan Jamiyah yang bergiat aktif dalam membantu warga emas, individu berkeperluan khas, keluarga yang memerlukan, pekerja berpendapatan rendah dan yang individu yang tidak bekerja melalui bantuan makanan.

Antara badan kebajikan lain yang bakal menerima sokongan termasuk Kelab Heal yang bertujuan memperkasa individu yang mengalami masalah mental serta Yayasan Rahmatan Lil Alamin, yang antaranya menyediakan pembelajaran dan sokongan digital bagi warga emas.

Dalam pada itu, Encik Kadir turut menekankan pentingnya Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) bagi menjana pendapatan mampan yang lebih berjangka panjang bagi keperluan masyarakat.

Muis juga akan memulakan wadah digital pada akhir 2022 bagi melengkapkan anggota masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perancangan harta dan estet sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan WMS yang lebih meluas, katanya.


Kerjasama ini (dengan pihak berkepentingan) akan membuka peluang baru bagi wakaf dan MTFA (Persatuan Derma Amanah Muslimin) untuk memberi bantuan yang lebih baik kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah, tidak kira bangsa atau agama. Selain makanan dan minuman harian, keperluan penjagaan kesihatan juga memakan perbelanjaan yang besar bagi mereka yang berpendapatan rendah dan Muis berharap kerjasama ini akan memberikan sokongan yang diperlukan dari segi perubatan penting."
- Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen. Beliau tukil MOU antara Wakaf Sheriffa Zain Alsharoff Alsagoff dan MTFA.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3