Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mutu udara kekal tidak sihat pagi Rabu

Sep 23, 2015 | 11:59 AM
-

KEADAAN berjerebu berterusan pada pagi Rabu (23 Sep), dengan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam antara paras tinggi julat sederhana dan paras rendah julat tidak sihat.

Sehingga 11 pagi, PSI 24 jam pada paras antara 79 dan 116. PSI tiga jam pula, yang tidak dikaitkan pada sebarang nasihat kesihatan, meningkat dengan mantap sepanjang pagi untuk mencapai paras 97.

Maklumat Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 7 malam Selasa menunjukkan PSI 24 jam dijangka berada pada paras rendah hingga pertengahan julat tidak sihat dalam tempoh 24 jam akan datang.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan laman mikro jerebu NEA, Facebook dan Twitter agensi tersebut, atau dengan memuat turun aplikasi myENV.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg