NAIB Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas), Ustaz Jalaluddin Hassan, telah meninggal dunia di Makkah, Arab Saudi hari ini (14 Disember).
Allahyarham, yang juga Pengarah Urusan Jalaluddin Travel & Services, dipercayai berada di Tanah Suci atas urusan umrah.
Mengesahkan demikian kepada Berita Harian, Presiden Amtas, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat berkata:
"Kita semua dalam kesedihan. Lagi-lagi Ustaz Jalaluddin Hassan ialah Naib Presiden Amtas dan saya telah letakkan harapan baginya untuk mengganti saya pada masa hadapan.
"Tapi Allah lagi sayangnya daripada kita dan dipanggil Allah di tempat yang baik daripada segala-galanya iaitu di kota Mekah al-Mukarramah. Kesedihan yang dirasakan memang tidak dapat digambarkan dan kita akan doakan bersama-sama."


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg