Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Najib utus surat takziah, PM Lee ucap terima kasih

Jun 09, 2015 | 04:10 PM

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, telah mengutus sepucuk surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap takziah kepada Singapura dan keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi gempa di Sabah.

"Saya mendapat tahu dengan penuh rasa kesedihan mengenai kehilangan nyawa yang melibatkan warga Singapura dalam gempa bumi di Sabah pada 5 Jun.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakam ucap takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa kami telah mengambil semua langkah yang perlu untuk menyediakan usaha menyelamat dan pemulihan dengan segera kepada mereka yang terjejas," tulis Datuk Najib.

Dalam surat balasnya, Encik Lee mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya itu dan sokongan yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysian kepada Singapura.

Berita Popular

"Saya amat menghargai sokongan dan bantuan yang diberikan kerajaan Malaysia pada masa sukar ini, terutama kerajaan negeri Sabah dan agensinya," kata Encik Lee.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map