Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Neelofa selamat lahirkan anak sulung

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau PU Riz, berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa sudah selamat melahirkan anak lelaki, pada Sabtu lalu.



Menerusi kenyataan media, mereka memilih Muhammad Bilal Muhammad Haris sebagai nama anak sulungnya itu.



"Assalamualaikum. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.



"Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor sudah selamat melahirkan putera sulung pada 29 Januari lalu, jam 3.44 petang.



"Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat.



"Kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga," katanya kepada BH Online.



Dengan itu, Haris dan Neelofa meluahkan rasa penghargaan atas doa dan ingatan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.



"Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan bersyukur atas doa dikirim anda semua.



"Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah menimang cahaya mata.



"Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri, tahun lalu, mohon titipkan juga doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami mampu menjadi khalifah dan memberikan kebaikan kepada agama serta negara," katanya.



Pasangan ini juga memohon maaf tidak dapat berkongsi gambar permata hati mereka buat masa ini.



Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >