Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Negara dibelenggu konflik antara tumpuan ibadah korban luar negara warga SG

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



DISEBABKAN pandemik Covid-19 yang belum berakhir, penyembelihan kambing masih lagi tidak dibenarkan untuk dilakukan di sini seperti tahun lalu.



Namun ia tidak menghalang penduduk Singapura untuk terus melaksanakannya di luar negara.



Selain 51 masjid di Singapura yang telah membuka pendaftaran bagi umat Islam yang ingin menjalankan ibadah korban di Australia, terdapat juga para penyedia khidmat korban yang menawarkan pelbagai pakej korban berpatutan.



Ibadah korban yang dianjurkan oleh penyedia khidmat korban ini akan dilaksanakan di beberapa negara kurang mampu antaranya seperti di sekitar Afrika, Timur Tengah, Asia Tengah, Asia Tenggara.



Pakej yang ditawarkan ini turut merangkumi agihan daging korban kepada golongan yang memerlukan di negara-negara tersebut.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), beberapa penyedia khidmat ini berkongsi bahawa mereka mengkhususkan negara yang terpilih berdasarkan pelbagai faktor.



Hasil tinjauan BH turut mendapati keutamaan juga diberikan kepada negara yang terjejas dengan konflik seperti Rohingya dan Palestin.



Bagi syarikat Al-Ustaz Islamic Services, yang diasas bersama oleh Ustaz Zahid Zin, tujuan mereka menganjurkan ibadah korban tahun ini adalah untuk membantu anak-anak yatim, warga emas yang memerlukan, keluarga fakir miskin serta keluarga ibu tunggal di sekitar 10 negara terpilih.



Menerusi daya usaha yang dijalankan ini, mereka ingin memberi peluang kepada para penerima bantuan ini merasakan daging segar, yang mungkin jarang mereka terima.



Korban yang dilaksanakan syarikat itu terbahagi kepada empat kategori, iaitu 'Paling Kritikal', 'Paling Memerlukan', 'Paling Mampu dan Murah' serta ' Paling Segar'.



Negara yang tersenarai dalam kategori 'Paling Kritikal' termasuk Myanmar bagi pelarian Rohingya, Yaman dan Somalia.



Bagi kategori 'Paling Memerlukan' pula, ia terdiri daripada Palestin, Kemboja dan Indonesia.



Dari segi harga yang berpatutan, syarikat tersebut yang telah menganjurkan ibadah korban buat kali kelima menyenaraikan negara seperti India, Kenya dan Malawi, dengan harga yang bermula dari $77 bagi sebahagian lembu di India dan $177 bagi seekor kambing di Kenya dan Malawi.



Sementara itu, bagi 'Paling Segar', penyembelihan dilakukan di Australia dan daging korban beku akan diterbangkan ke Singapura.



Menurut Ustaz Zahid, pakej yang diambil bergantung kepada niat masing-masing.



"Sebagai contoh, ada di kalangan mereka yang akan memberi respons terhadap isu yang sedang berlaku di Palestin," ujar beliau.



Syarikatnya telah mendapat permintaan yang menggalakkan bagi tempahan ibadah korban ini sejak mereka mula membukanya sekitar lewat Mei lalu.



"Respons seperti biasa baik, alhamdulillah baik pada permulaannya, namun kami masih lagi menanti tempahan yang akan diterima pada akhir-akhir hari sebelum Aidiladha.



"Kalau ikut pengalaman kami, dua minggu sebelum ibadah korban biasanya masyarakat kita akan lebih serius untuk mencari pakej korban yang terbaik dan sesuai untuk mereka.



"Mungkin ada di kalangan mereka yang masih membuat perbandingan dan penilaian terhadap pakej yang ditawarkan penyedia khidmat tempatan serta di luar negara," kata Ustaz Zahid.



Bersependapat, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Khidmat Pendidikan At-Tabseer, Ustaz Muhammad Fadhly Rosli, juga menjangkakan jumlah permintaan akan meningkat pada minggu terakhir nanti.



Pakej korban yang ditawarkan Ustaz Fadhly termasuk di Indonesia, Kemboja, Filipina dan Yaman.



Harga bermula dari $180 hingga $260 bagi seekor kambing; $1,050 hingga $1,250 bagi seekor lembu dan $2,090 bagi seekor unta.



"Buat masa ini, kami telah terima tempahan sekitar 200 ekor kambing.



"Indonesia untuk korban kambing dan Kemboja untuk lembu mendapat permintaan tertinggi, mungkin sebab harganya yang murah dan lebih berpatutan," kata Ustaz Fadhly lagi.



Biarpun ibadah korban tidak dapat diselenggarakan di Singapura buat tahun kedua berturut-turut, Ustaz Fadhly menasihati orang ramai agar tidak berasa kecewa jika tidak dapat melakukan korban di dalam negara lagi tahun ini.



Beliau berkata: "Ketika kita melakukan korban, yang paling penting bukan hanya binatang korbannya sahaja yang kita korbankan untuk Allah tetapi jangan lupa untuk korbankan apa sahaja untuk Allah seperti harta, tenaga dan juga yang paling penting iaitu ego agar menjadi hamba yang baik disisi-Nya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >