Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NGO, pelajar poly kumpul dana bantu pekerja asing perlu rawatan sakit kronik

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kempen mengumpul dana dilancarkan semalam bagi membantu meringankan kos rawatan penyakit kronik pekerja asing di sini.



Kempen #ManyHelpingHands itu diusahakan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) HealthServe bersama Politeknik Republic (RP).



Pekerja asing yang hendak dibantu termasuk yang mengalami penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis, yang memerlukan penjagaan segera bagi masalah gigi, dan yang memerlukan terapi pemulihan daripada kecederaan di tempat kerja.



Sejak Mei lalu, Healthserve bekerjasama dengan sekumpulan tiga pelajar diploma komunikasi massa tahun kedua RP untuk merancang, mereka bentuk dan melaksana kempen pengumpulan dana itu dalam talian Giving.sg bagi masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.



Salah seorang pelajar itu, Cik Aisha Hasan Malik, berkata beliau percaya usaha sebegini dapat membantu meningkatkan kesedaran bagi situasi pekerja asing yang sakit.



"Sebagai anggota masyarakat, kita harus mengambil inisiatif mencari pertubuhan seperti ini dan menawarkan apa-apa bantuan yang kita mampu.



"Ia tidak bermakna meluangkan masa untuk menjadi sukarelawan atau menderma wang. Ia boleh semudah berkongsi tujuan baik dengan rakan anda," kata Cik Aisha, yang dibimbing Healthserve dan guru beliau untuk melancarkan kempen itu.



Healthserve gembira kempen itu dapat dimulakan oleh belia.



Sejak Covid-19 melanda awal tahun lalu, permintaan bagi program pengurusan penyakit kronik HealthServe meningkat. Contohnya, senarai menunggu untuk berjumpa doktor gigi meningkat hingga lima bulan.



Selama 15 tahun, Healthserve menawarkan pekerja asing jagaan asas dan khidmat perubatan pakar pada bayaran lebih rendah - antara $8 hingga $15, termasuk ubat.



Bayaran perubatan dikecualikan bagi pemegang Pas Khas, yang tidak dapat bekerja dan memperoleh pendapatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >