Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NKF kerjasama dengan Masjid Khalid tingkat kesedaran tentang penyakit buah pinggang

Apr 19, 2019 | 6:48 PM
TINGKAT KESEDARAN: NKF mengadakan pameran untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang di Masjid Khalid pada 19 April 2019.
TINGKAT KESEDARAN: NKF mengadakan pameran untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang di Masjid Khalid pada 19 April 2019. - Foto IQBAL FAIZAL

MASJID Khalid telah berganding bahu dengan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi meningkatkan kesedaran jemaah tentang penyakit buah pinggang.

Masjid di Joo Chiat Road itu melancarkan kotak derma NKF hari ini (19 April). Kotak derma itu akan diletakkan di masjid itu sepanjang tahun.

Pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla'udin Mohamed, berkata pihak masjid menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak $20,000 dalam masa setahun menerusi kotak derma tersebut bagi membantu pesakit buah pinggang di sini.

"Ini satu sumbangan kecil daripada kami tapi kami harap ia dapat meninggalkan kesan yang besar," ujarnya.

Tambahnya, mereka juga ingin meningkatkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang di kalangan jemaah.

Oleh itu, satu ceramah telah diadakan oleh NKF di masjid itu sebelum solat Jumaat tadi.

Seorang pesakit buah pinggang turut tampil berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapinya.

NKF juga mengadakan pameran di masjid itu dan memberi jemaah risalah tentang penyakit buah pinggang.

Menurut Encik Alla'udin, beliau gembira usaha itu mendapat sambutan baik daripada jemaah yang hadir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg