Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NLB: Jumlah pinjaman buku naik 30% tahun lalu

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) mencatatkan peningkatan 30 peratus dalam pinjaman buku fizikal dan digital pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.



Lebih separuh individu di Singapura juga menggunakan sumber digital NLB pada 2021, menurut agensi itu dalam satu kenyataan semalam mengenai pencapaiannya tahun lalu.



Menurut kenyataan itu, lebih daripada tiga suku individu memilih pendekatan hibrid untuk pembacaan dan pembelajaran mereka, contohnya, membaca buku fizikal bersama e-Buku, e-majalah atau e-Akhbar.



Secara keseluruhan, rangkaian 27 perpustakaan NLB, Arkib Negara Singapura, serta Bekas Kilang Ford, menerima sebanyak 11.5 juta kunjungan, kenaikan 26 peratus daripada 2020.



Dengan itu, pinjaman buku juga hampir meningkat ke tahap sebelum pandemik.



"Buku fizikal dan digital terus mendapat permintaan, sedang pengunjung perpustakaan meminjam sejumlah 37.9 juta barangan pada 2021, naik 30 peratus daripada 2020.



"Kenaikan ini hampir dengan tahap pinjaman 40.5 juta barangan sebelum pandemik pada 2019," kata NLB.



Antara buku popular termasuk buku pengarang Singapura Russell Lee bertajuk "The Almost Complete Collection of True Singapore Ghost Stories: Book 26" yang menduduki tempat ketiga dalam 10 buku fizikal Paling Popular NLB, yang tempat lain kebanyakannya diduduki tajuk antarabangsa.



Dalam bidang digital, pengunjung juga memberi respons positif kepada aplikasi NLB Mobile untuk membaca dan belajar, dengan sebanyak 1.75 juta sesi dicatat secara purata setiap bulan pada 2021.



Di samping itu, lebih ramai yang menyertai program dan pameran anjuran NLB.



Sebanyak 15,000 program dan 15 pameran NLB menarik 1.42 juta peserta, dua kali ganda berbanding 0.69 juta peserta pada 2020.



Tinjauan Kepuasan Pelanggan 2021 terhadap 5,151 pelanggan menunjukkan NLB menerima markah lebih tinggi 4.55 daripada 5, berbanding 4.42 pada 2020.



Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata: "Kami rasa terdorong dengan sambutan positif terhadap pendekatan hibrid NLB untuk menyediakan pengalaman membaca dan pembelajaran untuk semua.



"Corak pembacaan dan pembelajaran pelanggan kami sedang berkembang, dan kami akan terus mencuba cara baru untuk memenuhi keperluan mereka, termasuk mempertingkat pendekatan pelbagai saluran kami yang membolehkan mereka berbuat demikian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja."



Katanya lagi, pelbagai usaha itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Perpustakaan dan Arkib 2025 (LAB25) yang membentangkan rancangan kerjasama dengan rakan kerja dan masyarakat untuk "membayangkan semula perpustakaan dan arkib kami menjadi titik tumpuan utama untuk pelanggan kami membaca dan belajar bersama kami."



Pada Oktober 2021, NLB melancarkan LAB25 untuk mengundang masyarakat dan rakan kerja untuk berganding bahu demi mengubah pengalaman di perpustakaan dan arkib bagi memenuhi keperluan pembacaan dan pembelajaran pengunjung.



LAB25 telah membentangkan empat tumpuan utama: membangunkan Pasar Pembelajaran; memupuk Penduduk Berpengetahuan; mengilhamkan Pencerita Singapura; dan menjadi Penyamarata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >