Premium
Pek penjagaan diagih kepada 12k pekerja asing
* Speaker Parlimen hargai usaha kolektif S'pura bantu golongan terjejas * 741 kes baru Covid-19
May 8, 2020 | 12:00 AM
KEBAJIKAN DIJAGA: Encik Tan Chuan-Jin (kanan) bersama sukarelawan menyiapkan pek penjagaan kepada pekerja asing di Bible House di Armenian Street semalam. - Foto BH oleh JASON QUAH -
SEBILANGAN warga Singapura menghabiskan masa hari cuti umum Hari Vesak semalam dengan menyumbang tenaga dan masa melakukan kerja-kerja amal demi membantu para pekerja asing yang memerlukan di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Badan bukan pemerintah, Alliance of Guest Workers Organisation (AGWO), satu gerakan Hope Initiative Alliance dengan kerjasama Pusat Pekerja Asing serta gabungan lebih 130 badan amal dan pertubuhan telah sama-sama menyingsing lengan bagi melaksanakan pengagihan pakej jagaan perayaan Hari Vesak dan Ramadan.

