Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Notis merah Interpol terhadap bekas pengetua yang lesap babit penipuan peperiksaan peringkat 'O'

Jan 28, 2023 | 03:59 PM



SATU notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap bekas pengetua yang lesap, Poh Yuan Nie, yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi beberapa kesalahan menipu dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’ pada 2016.



Waran tangkapan juga telah dikeluarkan, kata polis dalam satu kenyataan Khamis lalu.

Ia menambah bahawa polis telah meminta maklumat tentang kedudukan bekas pengetua berusia 57 tahun itu.



Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian polis di 1800-255-0000, atau +65 6255-0000 bagi panggilan dari luar negara, atau salurkan ke www.police.gov.sg/i-witness.



Polis berkata:



“Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan. Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa memberi perlindungan kepada orang yang diburu adalah satu kesalahan serius dan hukuman penjara serta denda boleh dikenakan.



Pada 23 November tahun lalu, satu waran tangkapan telah dikeluarkan selepas Poh gagal hadir di mahkamah untuk memulakan tempoh hukuman penjaranya.

Bekas pengetua di sebuah pusat pendidikan itu telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas 27 kesalahan menipu melibatkan calon-calon peperiksaan GCE Peringkat ‘O’.



Pada 22 Disember lalu, Timbalan Pendakwaraya Encik Louis Ngia, telah memohon kepada mahkamah bagi waran tangkapan dikeluarkan di luar bidang kuasa Singapura.



Menurut laman Interpol, notis merah merupakan permintaan kepada pihak berkuasa undang-undang serata dunia untuk menjejak dan memberkas seseorang sementara menantikan proses diekstradisi, diserahkan, atau tindakan undang-undang lain.



Pada 2020, Poh, yang juga dikenali sebagai Pony, dan anak saudaranya, Fiona Poh Min, masing-masing didapati bersalah atas 27 kesalahan – bersubahat untuk menipu.



Poh kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.



Pihak pendakwaraya berkata Poh Yuan Nie dibayar $8,000 bagi setiap pelajar bagi tuisyen untuk mereka lulus peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ dan masih ke politeknik setempat.



Poh dan anak saudaranya dibantu tenaga pengajar, termasuk Tan Jia Yan.



Beberapa kali pada Oktober 2016, mereka lakukan kesalahan menipu seperti melekatkan alat komunikasi kepada tubuh pelajar apabila mereka duduki peperiksaan.



Tan yang pada ketika itu berusia 34 tahun, dipenjara tiga tahun pada 2019 atas peranannya dalam penipun semasa peperiksaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >