Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks siasat punca ratusan bangkai ikan di Pasir Ris Park

Feb 04, 2020 | 10:14 AM



PEGAWAI Lembaga Taman Negara (Nparks) sedang menyiasat punca kematian ratusan ikan di pantai di Pasir Ris.



Ikan berwarna perak itu, serta beberapa ketam, dilihat terdampar di Pasir Ris Park pagi Isnin (3 Feb).



Tiga pekerja pembersihan dilihat di kawasan pantai sepanjang kira-kira 150 meter membuang bangkai haiwan laut itu ke dalam beg-beg besar sekitar 8 pagi, lapor The Straits Times. 



Pengarah Pantai dan Laut di Pusat Biodiversiti Nasional NParks, Dr Karenne Tun, berkata berdasarkan penemuan awal, ikan itu kebanyakannya daripada spesies ‘Hilsa kelee’, yang merupakan sebahagian daripada keluarga ikan liar klupeid yang ditemui di perairan pantai Singapura.



“Pegawai NParks tidak menemui biodiversiti atau ikan mati di kawasan pantai sekeliling di sepanjang Pantai Changi, East Coast Park dan Pulau Ubin, termasuk Chek Jawa,” kata Dr Tun.



Tidak ada laporan kematian ikan di penternakan ikan berdekatan, katanya.



Pegawai NParks akan terus memantau pantai untuk mengesan sebarang kejanggalan dan menyiasat punca kematian ikan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >