Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NS bagi Joseph Schooling, Quah Zheng Wen tidak lagi ditangguhkan: Mindef

Sep 16, 2021 | 04:50 PM



PENANGGUHAN Perkhidmatan Negara (NS) bagi perenang negara Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen tidak akan lagi dipanjangkan dan mereka akan mendaftar bagi menjalani kewajipan tersebut.



Dalam jawapannya kepada pertanyaan media yang dikeluarkan pada Khamis (16 Sept), Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata setelah penangguhan Encik Schooling dan Encik Quah berakhir pada 31 Ogos lalu, mereka dikehendaki menjalani kewajipan NS mereka.



"Mereka akan didaftarkan setelah prosedur pra-pendaftaran yang diperlukan selesai," kata Mindef.

Encik Schooling telah menangguh NS nya dari 2014 hingga 2021, sementara Encik Quah menangguh NS nya dari 2015 hingga 2021.



Semasa tempoh tersebut, Encik Schooling telah mewakili Singapura dalam Sukan Olimpik 2016 dan 2020.



Beliau memenangi pingat emas bagi acara kuak kupu-kupu 100 meter dan mencipta rekod Olimpik baru semasa Sukan Olimpik 2016.



Encik Quah pula melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik 2016 bagi acara kuak kupu-kupu 100 dan 200 meter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >