Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

NS keutamaan pertama, matlamat peribadi lain di tangga kedua: Eng Hen

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



SETIAP lelaki warga atau penduduk tetap Singapura, tanpa mengira bakat atau status, mesti memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS) sebagai keutamaan pertama, dan sebarang usaha peribadi lain harus mengambil tempat kedua semasa mereka menjalani NS.



Demikian tekan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen di Parlimen semalam dalam responsnya kepada soalan yang diajukan beberapa anggota parlimen (AP) tentang penangguhan NS bagi atlet atau mereka dalam bidang seni.



Dr Ng berkata, sokongan jitu yang diberikan warga Singapura terhadap NS ialah kerana prinsip asas kesejagatan dan kesaksamaan telah sekian lama diamalkan.



"Pada asasnya, ini bermakna semua lelaki warga Singapura dan penduduk tetap yang layak dikerahkan untuk NS sepenuh masa, seperti yang diwajibkan oleh akta pendaftaran, dan bukan pada masa yang mereka pilih.



"Selanjutnya, sepanjang dua tahun mereka berkhidmat kepada negara, semua matlamat peribadi diketepikan dan tunduk kepada tugas yang lebih tinggi untuk mempertahankan Singapura.



"Ia adalah komitmen negara yang tertinggi dan sesuatu yang kita semua ambil berat," ujar beliau.



Namun, beliau berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) bersedia memberi penangguhan atau gangguan kepada NS kepada atlet dan mereka yang terlibat dalam seni untuk melatih dan bersaing dalam pertandingan antarabangsa, tetapi berdasarkan kriteria yang sangat tinggi.



"Setiap permintaan akan dinilai berdasarkan meritnya sendiri, dengan rundingan dilakukan dengan MCCY (Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), mengambil kira pencapaian lalu pemohon serta potensinya mencapai kejayaan dalam pertandingan antarabangsa dan membawa kegemilangan negara.



"Namun, ini bukan lesen untuk tidak melakukan NS sama sekali... walaupun (penangguhan atau gangguan) diberikan, ia bukan penghapusan tanggungjawab NS," tegas Dr Ng.



Dalam responsnya, beliau turut mengetengahkan bahawa tidak semua warga Singapura menyokong keputusan kementeriannya membenarkan sesetengah individu menangguh NS mereka atas sebab peribadi.



"Ada warga Singapura yang meskipun syarat penangguhan yang ditetapkan sudah sangat ketat, mereka tidak setuju dengannya.



"Mindef telah menerima surat daripada warga Singapura yang menyoal keadilan apabila atlet yang menangguh NS mereka menerima ganjaran kewangan melalui pengendorsan sementara rakan seangkatan mereka perlu menjalani NS," jelas beliau.



Dalam pada itu, Dr Ng akur bahawa atlet negara mahu melakukan terbaik dalam kedua-dua NS dan pertandingan mereka.



Walaupun ada yang berjaya mencapainya, beliau berkata ia "tidak mudah untuk dicapai" dan mengingatkan agar tidak meletakkan jangkaan yang tidak realistik terhadap semua para atlet.



"Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengejar kedua-dua matlamat tersebut, Mindef bersedia membenarkan lebih banyak gangguan untuk berlatih dan bersaing dalam pertandingan antarabangsa sepanjang NS sepenuh masa mereka," katanya.



"Ini atas pemahaman bahawa mereka memenuhi tempoh penuh yang diperlukan selepas gangguan mereka, dan juga melaksanakan tugas NS mereka secara memuaskan semasa dalam NS."




"Pada asasnya, ini bermakna semua lelaki warga Singapura dan penduduk tetap yang layak dikerahkan untuk NS sepenuh masa, seperti yang diwajibkan oleh akta pendaftaran, dan bukan pada masa yang mereka pilih.



Selanjutnya, sepanjang dua tahun mereka berkhidmat kepada negara, semua matlamat peribadi diketepikan dan tunduk kepada tugas yang lebih tinggi untuk mempertahankan Singapura.



Ia adalah komitmen negara yang tertinggi dan sesuatu yang kita semua ambil berat."
- Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >