Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NSF fikir di luar kotak untuk bantu orang awam

Jul 12, 2018 | 08:15 PM



SARJAN (NS) Hafiz Mohamad Hamzah tidak pernah belajar bahasa isyarat.



Namun demi membantu seorang individu bisu yang memerlukan pertolongan, beliau dan rakannya dengan segera mencari cara bagaimana untuk berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat menerusi telefon bimbit mereka.



Menurutnya, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan bahawa seorang lelaki bisu hilang arah untuk pulang ke rumah.



“Kejadian ini benar-benar menyentuh hati saya. Pada mulanya, kami tidak begitu pasti apakah bantuan yang diperlukan lelaki bisu itu.



“Namun, kami menggunakan telefon bimbit untuk belajar bahasa isyarat dan membantunya. Akhirnya, kami berjaya membantunya pulang ke rumah,” kata jejaka berusia 21 tahun itu.



Sarjan (NS) Hafiz menerima Anugerah Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Terbaik dalam satu acara perbarisan tamat kursus latihan asas NS Polis yang berlangsung di Akademi Home Team hari ini (12 Julai) atas kesungguhan dan komitmennya menjalankan tugas.



Seramai 495 pelatih terlibat dalam acara perbarisan itu, yang dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri dan Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling.



Sarjan (NS) Hafiz, yang selesai menjalani NS pada Februari lalu, dikerahkan bertugas sebagai pegawai polis di pusat polis kejiranan (NPC) Yishun North selepas selesai menjalani latihan asas.



Menurutnya, pengalamannya menjalani NS bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) telah membuatnya rasa lebih bertanggungjawab membantu masyarakat.



“Sebelum ini, saya ingat polis hanya mengendalikan kes-kes yang besar. Tetapi, kini saya tahu mereka mengendalikan semua jenis kes - daripada isu pencemaran bunyi hingga membantu orang yang hilang dompet mereka.



“Ia mengubah pemikiran saya dari segi membantu masyarakat,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >