GEDUNG PUN 'SEMANGAT' RAYA
NTUC FairPrice tawar pelbagai diskaun bagi bahan kuih Raya
May 22, 2019 | 05:30 AM
PASAR Raya setempat tidak mahu ketinggalan dalam memperkenalkan promosi menarik sepanjang Ramadan ini.
Misalnya, pasar raya NTUC FairPrice telah menguar-uarkan promosi mereka sejak lewat April lalu bagi menarik pelanggan yang mungkin perlu membeli barangan dapur khususnya bahan untuk membuat kuih jauh lebih awal.