Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC First Campus tawar lebih 4,000 tempat prasekolah baru

Dalam dua tahun mendatang, jumlah keseluruhan lebih 30,000 di 170 pusat sekolah
Nov 10, 2022 | 05:30 AM



NTUC First Campus (NFC) akan berusaha menawarkan lebih 4,000 tempat prasekolah baru dalam tempoh dua tahun akan datang.



Ini akan menjadikan jumlah tempat prasekolah kepada lebih 30,000 di lebih 170 pusat prasekolah.



Pengendali prasekolah itu telah mengumumkan inisiatif tersebut semasa pelancaran pembukaan tajaka besar My First Skool terbaru sempena ulang tahun ke-45nya semalam.



Pusat yang terletak di 6 New Punggol Road itu dibuka pada Jun tahun ini dan boleh mengambil sehingga 650 kanak-kanak dan bayi.



Ia kini mempunyai lebih 200 kanak-kanak berusia dari dua bulan hingga enam tahun.



Turut menghadiri pembukaan pusat tersebut semalam ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Menyifatkan pembukaan pusat ini sebagai peristiwa penting bagi Singapura terus membina sistem yang lebih baik untuk kanak-kanak, Encik Chan berkata terdapat lebih banyak yang kita dapat lakukan.



"Dunia kini berubah dengan cepat.



"Set kemahiran yang anak-anak kita perlu pelajari di sekolah dan luar sekolah kini berubah dengan pantas," katanya sambil menambah bahawa pendidikan awal harus mula menyediakan kanak-kanak mengharungi 50 tahun akan datang dalam hidup mereka.



Semasa ucapannya semalam, Encik Chan turut menekankan tiga perkara penting bagi kanak-kanak pelajari.



Ini termasuk mempunyai sokongan emosi yang kuat, menyemarakkan semangat rasa ingin tahu dan juga keupayaan menangani ketidakpastian dan mengemas diri.



Turut menghadiri majlis itu semalam ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC First Campus, Cik Chan Su Yee; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NTUC First Campus (pembangunan), Cik Phoon Chew Ping; dan Pengurus Besar My First Skool, Cik Thian Ai Ling.



Bagi menangani perkara ini, Cik Chan semalam mengumumkan penambahan kurikulum di prasekolahnya untuk membina kemahiran asas masa depan kanak-kanak.



Katanya, beliau berharap dapat memupuk tiga kemahiran asas untuk pertumbuhan sepanjang hayat, NFC akan memberi tumpuan kepada tiga bahagian utama iaitu melalui kemahiran hubungan, kewarganegaraan global dan kecerdasan digital.



Kurikulum kemahiran hubungan ini bertujuan memupuk kanak-kanak yang mahir bersosial, berdaya tahan dan penyayang.



Bagi bayi, kurikulum berdasarkan hubungan akan mengamalkan model penjagaan utama untuk membantu kanak-kanak kecil mengembangkan rasa selamat dan kesejahteraan.



Pada masa yang sama, program antara generasi di pusat-pusat mereka akan dipertingkat untuk meningkatkan interaksi antara kanak-kanak dan warga emas, supaya dapat pelajari daripada antara satu sama lain.



Dari segi kewarganegaraan global pula, pusat-pusat NFC akan menggalakkan kanak-kanak mereka mengamalkan amalan mampan di luar bilik darjah, dan mengambil bahagian dalam daya usaha berkebun negara seperti Community in Bloom (CIB) oleh Lembaga Taman Negara (NParks).



Untuk meningkatkan kecerdasan digital dalam kalangan kanak-kanak, NFC akan melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran untuk mengemudi dunia digital.



Mengulas tentang kurikulum baru ini, Cik Thian berkata:



"Kami memahai bahawa kanak-kanak kami semua mempunyai pelbagai keperluan dan keutamaan yang berlainan.



"Oleh itu, apa yang kita akan tawarkan ini bakal melengkapkan lagi kurikulum yang kami tawarkan supaya dapat menyediakan kanak-kanak kami untuk masa depan mereka," jelas Cik Thian.



Sehingga kini, NFC mempunyai dua pengendali prasekolah iaitu My First Skool (MFS) yang berkhidmat kepada 22,000 kanak-kanak di 146 pusat sekolah dan juga Little SKool-House (LSH) yang berkhidmat kepada 2,500 kanak-kanak di 20 pusat berlainan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >