Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC LearningHub lancar program latihan agroteknologi

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



NTUC LearningHub (NTUC LHUB) semalam melancarkan ruang latihan agroteknologi (agritech) pertamanya untuk melatih pekerja dalam industri yang sedang membangun itu.



'Agritech Lab @ Benoi' bertujuan mengatasi kekurangan tenaga kerja dalam dalam sektor tersebut, sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan daya tahan bekalan makanan Singapura.



Dengan matlamat membangunkan generasi baru 'tenaga kerja berkolar hijau', NTUC LHUB bekerjasama dengan rakan latihan, Netatech, untuk merancang program Pengurus Operasi Digital Agritech di bawah Program Kemahiran SGUnited (SGUS).



Dalam satu kenyataan semalam, NTUC LHUB berkata program ini akan melengkapkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk menceburi industri agroteknologi.



Program yang dijalankan sepenuh masa selama enam bulan ini akan merangkumi pelbagai kemahiran termasuk Pertanian di Bandar dan Teknologi Pertanian, Piawaian Kualiti dan Keselamatan Makanan, Perancangan Perniagaan, Strategi Penjualan dan Pemasaran, dan E-Dagang.



Dengan keluasan lebih 3,200 kaki persegi, Agritech Lab @ Benoi akan mendedahkan para pelatih kepada huraian teknologi pertanian yang terkini, kata NTUC LHUB.



Sehingga kini, seramai 119 pelatih telah mendaftar dalam kelompok perintis program ini dan boleh menantikan peluang kerjaya dalam industri agroteknologi, seperti Ahli Ekonomi Pertanian, Jurutera Pertanian, Pengurus Jualan/Perniagaan Agri, Pengurus Ladang, Pemeriksa Kualiti atau Pemeriksa Makanan.



Melalui program di Agritech Lab @ Benoi, pelatih berpeluang terlibat dalam projek yang boleh menyumbang ke arah pembangunan portfolio mereka.



Mengulas mengenai ruang baru ini, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata NTUC amat ghairah dapat menyokong usaha Singapura untuk meningkatkan daya ketahanan makanan menjelang 2030.



"NTUC komited untuk memastikan pekerja terus kekal relevan melalui latihan dan peningkatan kemahiran.



"Kami juga ingin mengembangkan prospek pekerjaan mereka dalam industri yang berkembang di mana terdapat permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat, seperti agroteknologi," kata Encik Ng.



Mengongsi pandangan yang sama, Pengerusi NTUC LHUB, Encik Eugene Wong, berkata dengan bekerjasama bersama pakar dalam industri seperti Netatech, NTUC LHUB bertujuan untuk melatih tenaga kerja tempatan dan memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk menceburi bidang agroteknologi.



"Menjangkau pelajaran berdasarkan teori, Agritech Lab @ Benoi akan membolehkan pelatih mengusahakan projek dunia nyata secara langsung dan mendalami dunia pertanian berteknologi tinggi.



"Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan majikan untuk membantu pelatih kami dengan penempatan pekerjaan dalam industri," jelasnya.



NTUC LHUB menyasarkan untuk melatih sehingga 180 pelatih dibawah program Pengurus Operasi Agritech Digital di bawah Program Kemahiran SGUnited (SGUS) menjelang 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >