Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS mula dapat kanak-kanak bagi kajian vaksinasi Covid-19

Dec 11, 2021 | 06:52 PM



PENYELIDIK Sekolah Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sekolah Perubatan Duke-NUS sedang mendapatkan peserta bagi kajian pemantauan tentang respons imun pada vaksin Covid-19 dalam kumpulan kanak-kanak berbeza.



Ini menyusuli pengumuman pemerintah pada Jumaat (10 Disember) bahawa vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty telah diluluskan buat kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Vaksinasi bagi kumpulan ini akan dimulakan hujung bulan ini.



Penyelidik bercadang meninjau 460 peserta berusia antara lima hingga 16 tahun dalam masa 12 bulan untuk menjejak respons imun pada vaksin mRNA dan keberkesanan vaksin, memantau kesan sampingan dan mengesan jangkitan Covid-19 tanpa tanda jangkitan dalam kanak-kanak.



Kanak-kanak yang sihat, tidak pernah dijangkiti Covid-19 dan mendapatkan suntikan vaksin buat kali pertama serta mereka yang tidak segera mendapatkan vaksinasi akan dipilih daripada masyarakat.



Pesakit luluh imun yang bercadang menjalani vaksinasi akan diperolehi daripada Institut Perubatan Kanak-Kanak Khoo Teck Puat -Universiti Nasional (KTP-NUCMI)  di Hospital Universiti Nasional (NUH). 



Penyelidik menetapkan matlamat membangun usulan menyeluruh mengenai vaksinasi dalam kanak-kanak dan vaksinasi buat kanak-kanak luluh imun, serta memberi butiran lanjut mengenai kesan jangkitan asli Covid-19 dalam diri mereka.



Kajian ini juga berharap dapat menentukan jika wujud "imun hibrid cergas" dalam kanak-kanak yang mungkin akan dijangkiti dan kemudian menjalani vaksinasi apabila mereka pulih - bererti mereka lebih berdaya tahan pada jangkitan semula.



Penolong Profesor Elizabeth Tham, salah seorang penyiasat utama daripada NUS Medicine, berkata: "Kami berharap dapat memperolehi data penting tentang bagaimana memberi vaksinasi kepada kanak-kanak akan membantu melindungi mereka daripada Covid-19 dan lebih dapat memahami risiko dan manfaat yang akan membantu kami menyediakan jagaan lebih baik buat kumpulan yang mudah terdedah pada jangkitan ini."



Mereka yang berminat menyertai kajian ini boleh e-mel kepada marvels@nuhs.edu.sg



*Versi pertama artikel ini menyatakan KTP-NUCMI sebagai Hospital Khoo Teck Puat - Institut Perubatan Kanak-Kanak Universiti Nasional. Nama sebenarnya ialah Institut Perubatan Kanak-Kanak Khoo Teck Puat - Universiti Nasional. Kami mohon maaf atas kesilapan ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >