Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NWC akan bersidang 1 Sep tetapkan butiran Model Gaji Progresif

Perbincangan ambil kira pemulihan ekonomi sepanjang tahun lalu, serta prospek ekonomi sejagat tidak menentu pada masa hadapan
Aug 27, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Gaji Kebangsaan (NWC), akan bersidang pada 1 September 2022 bagi mengeluarkan garis panduan tahunan untuk tahun hadapan mengenai isu-isu gaji dan berkaitan pekerjaan.



NWC adalah sebuah badan tiga pihak yang terdiri daripada pihak yang mewakili majikan, pekerja dan pemerintah.



NWC berharap untuk mengeluarkan garis panduan pada akhir Oktober ini.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, ia menyatakan bahawa perbincangan itu akan mengambil kira kedua-dua pemulihan ekonomi sepanjang tahun lalu, serta prospek ekonomi sejagat yang tidak menentu pada masa hadapan.



Seperti yang disarankan oleh Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah (TWG-LWW) tahun lalu, NWC juga akan menetapkan panduan tahunan mengenai pelbagai pertumbuhan Model Gaji Progresif (PWM) untuk pekerja bergaji rendah.



Ini termasuk butir-butir gaji progresif pekerjaan bagi para pentadbir dan pemandu, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Mac 2023.



Pengerusi NWC, Encik Peter Seah menyatakan bahawa di tengah-tengah iklim geopolitik yang tidak menentu dan kos perniagaan dan kehidupan yang meningkat, transformasi perniagaan dan tenaga kerja harus diteruskan untuk menyokong pertumbuhan gaji yang disokong oleh kenaikan produktiviti.



"Fleksibiliti gaji adalah kunci bagi syarikat-syarikat kita untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi, meningkatkan jaminan pekerjaan untuk para pekerja, dan memastikan bahawa gaji mereka diselaraskan mengikut cara yang adil dan mampan.



"Saya mengalu-alukan perbincangan rancak dengan rakan-rakan kongsi tiga pihak kami pada minggu-minggu mendatang untuk membangunkan garis panduan yang tepat pada masa untuk para majikan," ujar beliau.



Orang ramai juga dialu-alukan untuk berkongsi pandangan mereka mengenai isu-isu yang berkaitan dengan gaji, dan cadangan mereka mengenai garis panduan yang akan datang.



Mereka boleh mengemukakan maklum balas kepada Sekretariat NWC melalui laman web sehingga 9 September 2022.




"Fleksibiliti gaji adalah kunci bagi syarikat-syarikat kita untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi, meningkatkan jaminan pekerjaan untuk para pekerja, dan memastikan bahawa gaji mereka diselaraskan mengikut cara yang adil dan mampan.

Saya mengalu-alukan perbincangan rancak dengan rakan-rakan kongsi tiga pihak kami pada minggu-minggu mendatang untuk membangunkan garis panduan yang tepat pada masa untuk para majikan."

- Pengerusi Majlis Gaji Kebangsaan (NWC), Encik Peter Seah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >