Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Paderi kanan bertemu dengan Mufti untuk perjelas isu berhubung pendakwah yang berhujah tentang Islam

Apr 04, 2018 | 08:05 PM



ENCIK Yang Tuck Yoong, paderi kanan di Gereja Masyarakat Cornerstone (CSCC) – yang menganjurkan persidangan Kristian di mana seorang pendakwah asing telah berhujah tentang Islam dengan cara yang boleh menjejas keharmonian agama di Singapura – telah bertemu Mufti Singapura Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram tadi.



Pertemuan yang bertujuan menjelaskan tentang perkara tersebut antara kededua pemimpin agama itu diadakan di Hab Islam Singapura di Braddell Road, dengan turut dihadiri beberapa pemimpin Islam setempat.



Isu ini tercetus minggu lalu, selepas wadah dalam talian Rice Media melaporkan bahawa seorang pendakwah Kristian dari Amerika Syarikat, Encik Lou Engle, menyatakan bahawa orang Islam sedang mengambil alih selatan Sepanyol dan beliau mempunyai impian membangunkan gereja di seluruh Sepanyol untuk menentang ‘gerakan Muslim moden’, di persidangan Kingdom Invasion yang berlangsung di Singapura antara 13 dengan 16 Mac lalu.



Artikel itu mengundang perbincangan rancak di media sosial, dengan pembaca dalam talian mengutarakan keprihatinan bahawa kenyataan Encik Engle itu boleh menjejas keharmonian agama dan kaum di Singapura.



Difahamkan, pertemuan ini diadakan atas permintaan Encik Yang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >