Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar: Jangkakan gelombang panas lebih kerap di sini

Namun situasi S'pura berbeza daripada yang berlaku di Eropah, Asia Timur
Jul 24, 2022 | 07:22 AM



SINGAPURA tidak akan mengalami fenomena cuaca yang menyebabkan gelombang haba yang membawa maut di Eropah dan China bulan ini, tetapi gelombang haba boleh dijangka berlaku lebih kerap di sini, kata pakar.



Terletak di kawasan khatulistiwa, Singapura kurang terdedah kepada iklim pemanasan yang disebabkan oleh sistem tekanan tinggi berskala besar, seperti yang berlaku di Eropah dan Timur Asia, kata Penolong Profesor Wang Jingyu dari Institut Pendidikan Nasional yang mengkaji interaksi tanah-atmosfera, serta pemodelan dan aplikasi iklim serantau dan global.



"Sebab utama gelombang haba berlaku adalah pengembangan dan pengukuhan tidak normal sistem tekanan tinggi," katanya.



Memandangkan Singapura terletak di sebelah Khatulistiwa, negara pulau ini tidak secara langsung dipengaruhi oleh antitaufan kawasan sederhana atau subtropika, yang mencetuskan gelombang haba di India, kata beliau.



Profesor Madya Koh Tieh Yong, seorang saintis cuaca dan iklim daripada Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura, berkata kawasan sederhana seperti Eropah dan Timur Laut Asia mengalami gelombang haba apabila sistem tekanan tinggi - dikenali sebagai antitaufan turun ke atas kawasan tersebut.



Antitaufan ini, yang berasal dari Lautan Atlantik Utara, Dataran Tinggi Tibet atau Lautan Utara Pasifik, mempunyai angin yang membawa udara panas dari padang pasir kawasan subtropika dan tropika ke kawasan sederhana pada musim panas, katanya.



Tetapi Singapura masih boleh mengalami gelombang haba yang disebabkan oleh cuaca lebih kering.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Khidmat Meteorologi Singapura (MSS), di bawah naungan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), menyatakan Singapura lebih terdedah kepada gelombang haba apabila ada kesan El Nino yang kuat - pemanasan suhu permukaan laut yang tidak normal di Lautan Pasifik khatulistiwa tengah.



Gelombang haba terakhir Singapura pada 2016 dicetuskan oleh El Nino, yang membawa kepada tahun paling panas di sini sejak rekod suhu bermula pada 1929.



Cuaca kering dan hangat berpanjangan juga boleh dicetuskan oleh keadaan di Lautan Hindi positif yang kuat, kata MSS. Ini merujuk kepada suhu permukaan laut yang lebih panas di barat Lautan Hindi.



Fenomena itu telah menyebabkan cuaca ekstrem seperti kebakaran belukar Australia 2019 dan Banjir Afrika.



Perubahan iklim adalah penyebab yang akan memburukkan lagi pemanasan secara global.



Gelombang haba melanda Eropah sebahagian besarnya disebabkan oleh Azores High - sel tekanan tinggi separa kekal, yang bergerak perlahan - biasanya terletak di luar Sepanyol, kata Profesor Matthias Roth dari Jabatan Geografi di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Suhu telah melonjak melepasi 40 darjah C di negara seperti Britain dan Sepanyol kerana sistem tekanan tinggi yang sangat kuat tahun ini. Lebih banyak kejadian sebegini boleh dijangka pada masa hadapan.



Azores High yang "sangat besar" menjadi lebih kerap - daripada sekali setiap 10 tahun dalam tempoh praindustrian kepada sekali setiap empat tahun pada abad ke-21, kata Prof Wang.



Apabila gas rumah hijau menghangatkan iklim, lebih banyak antitaufan seperti Azores High diramalkan bergerak lebih jauh ke utara merentasi kawasan sederhana di Eropah, Asia atau Amerika Utara, tambah Prof Koh.



Di Singapura, El Nino yang lebih kuat disebabkan oleh perubahan iklim boleh mengakibatkan suhu yang lebih tinggi daripada biasa.



Kata Prof Koh: "Di bawah senario perubahan iklim, lebih banyak model menunjukkan fenomena El Nino lebih kuat daripada tidak.



"Ini menunjukkan cuaca lebih kering dan panas di Singapura semasa El Nino tahun akan datang, kadangkala cukup untuk membentuk gelombang haba."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >