Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar jantung diiktiraf tabur bakti kepada masyarakat

Aug 25, 2019 | 03:54 PM



TIMBALAN Pengarah Perubatan dan pakar jantung Hospital Raffles, Profesor Madya (Dr) Abdul Razakjr Omar, tampil sebagai antara 80 pemimpin akar umbi di Teck Ghee yang diiktiraf bagi sumbangan mereka semalam (24 Ogos).



Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio menyampaikan Anugerah Bakti Setia itu di majlis jamuan malam Hari Kebangsaan bagi penduduk Teck Ghee.



Dr Abdul Razakjr menerima anugerah tersebut bagi mengiktiraf khidmatnya sepanjang tempoh 10 tahun.



Ketika dihubungi, Dr Abdul Razakjr berkata beliau bersyukur diberi peluang untuk menjalani latihan menjadi doktor dalam masyarakat Singapura.



Menganggap latihannya sebagai doktor itu sebagai kemahiran yang cukup istimewa, beliau berkata:



“Inilah cara kecil saya untuk membantu masyarakat, memandangkan saya lebih bernasib baik.



“Kita tidak harus lupakan permulaan kita. Kita harus membantu mereka yang memerlukan supaya semua orang boleh melalui kehidupan mereka dengan rasa hormat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >