Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

'Pakar komputer' kini ghairah semarakkan seni Melayu

Jul 29, 2020 | 05:30 AM



KESUNGGUHAN serta daya tahan yang dipaparkan pelajar yang kurang bernasib baik di Guizhou, China, menyentuh hati Cik Hani 'Aiman Mohamed Ishak.



Walaupun tanpa struktur sekolah atau sumber pelajaran yang canggih, kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun itu tetap teruja untuk ke sekolah dan menimba pengetahuan baru.



Cik Hani, 24 tahun, telah ke kawasan pedalaman di China itu untuk melakukan kerja-kerja kemasyarakatan melalui projek anjuran Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Beliau telah ke sana semasa tahun pertama dan tahun kedua pembelajaran beliau di SMU, dan sebagai mahasiswa jurusan Sistem Maklumat, Cik Hani telah berkongsi kepakaran menggunakan komputer dengan guru-guru di sana.



Projek tersebut disertai sekitar 20 pelajar SMU, dan mereka juga telah mengajar kanak-kanak di sana bahasa Inggeris.



"Kawasannya terletak di pedalaman dan kanak-kanak di sana ada kala akan ke sekolah, ada kalanya tidak.



"Tapi bila saya lihat keinginan dan kesungguhan mereka untuk belajar, saya amat tersentuh.



"Terutama sekali apabila mereka ingat apa yang kita ajarkan dan gunakan pengetahuan itu, baik kanak-kanak mahupun guru-guru di sana," ujarnya.



Menurut Cik Hani, pengalamannya berkhidmat di Guizhou, di mana ramai penduduk Muslim, membuat beliau lebih menghargai betapa mudah mendapatkan pendidikan di Singapura.



"Biasanya, kerja-kerja berkhidmat kepada masyarakat ini bukan hanya untuk manfaat mereka yang menerima bantuan, tetapi juga untuk diri kita.



"Kita ke sana untuk membantu mereka, tapi biasanya diri kita juga 'dibantu' untuk lebih menghargai apa yang kita ada," katanya.



Cik Hani berkata suasana kehidupan di sana memang seperti di kampung dan para sukarelawan dan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.



Pengalaman di sana turut mengajar beliau untuk bertindak dalam keadaan yang tidak menentu dan ini kebolehan yang penting, terutama sekali dalam suasana pandemik seperti sekarang, katanya.



Selain pengalaman di China, Cik Hani berkata masa beliau di SMU juga dipenuhi aktiviti lain yang memberikannya pengalaman yang lebih meluas.



Antaranya, beliau turut aktif dalam kumpulan perkusi Melayu universitinya yang dipanggil Rentak.



Kata Cik Hani, beliau ingin menyumbang kembali kepada masyarakat melalui bidang seni.



"Pada pendapat saya, golongan belia kurang mengetahui dan untuk itu kurang menghargai seni Melayu, begitu juga dengan bahasanya.



"Jadi saya rasa mendidik atau sebarkan seni budaya kita kepada orang lain juga penting," ujarnya.



Antara usaha beliau adalah dengan bergiat aktif dalam kumpulan tersebut, katanya, dan melalui persembahan yang dilakukan lebih ramai yang akan tahu tentang seni perkusi Melayu.



"Kami tidak ingin budaya ini hilang, kerana sekarang ini bila orang fikir tentang perkusi ramai yang akan fikir tentang instrumen Afrika.



"Kami ingin sebarkan yang instrumen perkusi Melayu ini tak terhad kepada kompang sahaja," katanya.



Walaupun kini sudah pun menamatkan pengajiannya di SMU, beliau masih aktif dengan kumpulan Rentak dan menyertai persembahan-persembahan yang mereka lakukan.



Selain persembahan, mereka juga menggunakan media sosial untuk sebarkan tentang tradisi tersebut.



"Saya rancang untuk terus kekal proaktif dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat kita," katanya yang kini bekerja sebagai penolong pengarah di agensi pemerintah.



Cik Hani, yang sebelum ini menuntut di Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah, berkata:



"Satu perkara yang mendorong saya untuk terus menyumbang dan melakukan yang terbaik adalah apabila saya memikirkan bahawa saya adalah contoh anggota masyarakat Melayu/Islam.



"Untuk itu saya ingin menghapuskan stereotaip-stereotaip yang ada."




"Saya rancang untuk terus kekal proaktif dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti masyarakat kita.

... Satu perkara yang mendorong saya untuk terus menyumbang dan melakukan yang terbaik adalah apabila saya memikirkan bahawa saya adalah contoh anggota masyarakat Melayu/Islam.

Untuk itu saya ingin menghapuskan stereotaip-stereotaip yang ada."

- Cik Hani 'Aiman Mohamed Ishak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >