Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pakar kongsi tip didik anak berdwibahasa dalam webinar

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



DALAM mendidik anak berdwibahasa, dua perkara penting perlu diingat - 'perbualan' dan 'pembacaan'.



Perbualan dengan kanak-kanak kecil, terutama yang baru hendak mengenal bahasa dan perkataan, mestilah dipenuhi dengan sokongan dan pengukuhan positif agar kanak-kanak tersebut menjadi lebih yakin dalam penggunaan bahasanya.



Apabila membaca dengan mereka pula, jadikan aktiviti tersebut menarik, seolah-olah ia suatu perbualan dan perbincangan, misalnya, berdasarkan gambar-gambar dalam buku cerita itu, dan yang penting, berhenti apabila anak tersebut menunjukkan tanda kebosanan atau keresahan.



Tip-tip tersebut hanya sedikit sahaja daripada apa yang dikongsikan Pensyarah di Institut Pendidikan Awal Kanak-kanak (NIEC), Dr Raudhah Yahya, semasa webinar 'Mendidik Anak Berdwibahasa' yang diadakan semalam.



Webinar tersebut, yang dianjurkan Berita Harian dan Yayasan Mendaki, disertai sekitar 130 individu melalui wadah Zoom.



Seorang lagi panel pakar dalam webinar itu, Profesor Madya Roksana Bibi Abdullah daripada Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), telah berkongsi tentang pentingnya keluarga merancang pengajaran dan penggunaan bahasa bagi anak-anak dan perancangan setiap keluarga pastinya berbeza kerana tidak ada satu strategi yang efektif bagi semua orang.



"Setiap keluarga yang berdwibahasa mempunyai keadaan keluarga sendiri yang akan menentukan siapa yang bercakap dalam bahasa apa, kepada siapa dan bila," kata beliau.



Dr Roksana menekankan peri pentingnya ibu bapa memikirkan dan muhasabah diri tentang kemahiran bahasa mereka sendiri.



"Jika kekuatan anda adalah pada bahasa ibunda, tolong gunakan bahasa tersebut ketika berbual dengan anak anda di rumah dan dari sejak anak itu lahir.



"Biarkan pembelajaran bahasa Inggeris dilakukan di sekolah," tegas beliau.



Apabila ibu bapa yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris menggunakan bahasa tersebut untuk berkomunikasi dengan anak mereka di rumah, ini boleh menimbulkan masalah bagi anak itu kelak kerana bukan sahaja dia terdedah kepada tatabahasa yang salah, dia juga kehilangan kemahiran dalam penggunaan bahasa ibundanya.



Dr Roksana menambah, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan meraih lebih banyak manfaat apabila ibu bapa bertutur dengan mereka dalam bahasa yang merupakan kekuatan ibu bapa tersebut, dan bukan bahasa yang diharap dapat ditutur dengan baik oleh anak itu.



Kedua-dua Dr Raudhah dan Dr Roksana juga menekankan bahawa kanak-kanak mesti dibolehkan melakukan kesalahan kerana ia sebahagian proses pembelajaran bahasa.



"Agar anak itu dapat belajar dan membesar dengan baik, dia mesti rasa bahagia dan selamat, maksudnya, dia tidak takut untuk melakukan kesalahan," kata Dr Raudhah.



Beliau menambah bahawa ibu bapa perlu sedar dan terima bahawa setiap anak mempunyai lintasan pembangunan mereka sendiri.



"Kita mesti faham ini, jika kita melakukan usaha yang sama bagi dua kanak-kanak berbeza, kita tidak boleh membuat perbandingan dan kata 'kenapa anak yang kedua ini tidak dapat capai apa yang dicapai yang pertama?'.



"Kita tak perlu banding-bandingkan dengan adik beradik yang lain, saudara yang lain atau anak-anak kawan kita," tekannya.



Para peserta juga telah menanyakan beberapa soalan kepada panel pakar di hujung webinar semalam, termasuk bagaimana untuk meyakinkan datuk dan nenek untuk menggunakan bahasa ibunda dengan cucu-cucu mereka.



Webinar yang berlangsung sekitar satu jam itu dianjurkan dengan kerjasama NIE, NIEC dan Perikatan Karyawan Prasekolah Mendaki (MAPP), dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.




TIP MENDIDIK ANAK BERDWIBAHASA



PERBUALAN



- Guna intonasi menarik dan suara lebih tinggi bagi anak-anak lebih kecil kerana ia menarik perhatian mereka.



- Guna objek untuk mulakan perbualan, misalnya patung ayam. Tanyakan soalan dalam bahasa Melayu. Jika anak jawab dalam bahasa Inggeris, jawab semula dalam bahasa Melayu.



Usah perbetulkan anak itu kerana kita mahu bina keyakinan diri dan galakkan dia berbual.



MEMBACA



- Fokus pada gambar dalam buku dahulu dan berbual dengan anak anda mengenainya.



- Barulah fokus pada teks. Tunjuk sambil baca.



- Jangan fokus pada gambar dan teks pada hari/masa yang sama.



- Jangan paksa anak membaca. Jika dia bosan atau gelisah, berhenti aktiviti membaca dan lakukan aktiviti lain agar dia tidak mengaitkan membaca dengan sesuatu negatif.



GUNAKAN BAHASA SESUAI DENGAN KEMAHIRAN ANDA



- Jika anda lebih mahir berbahasa Melayu, gunakan bahasa itu di rumah dengan anak.



- Jika anda mahir dalam kedua-dua bahasa, gunakan kedua-dua bahasa tersebut dengan anak anda agar mereka terdedah kepadanya dari awal lagi. Usah risau kerana anak itu tidak akan keliru belajar atau menggunakan lebih daripada satu bahasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >