Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima tentera darat M'sia lawat Mindef, perkukuh hubungan pertahanan

May 9, 2023 | 5:30 AM
PERKUKUH HUBUNGAN: Jeneral Mohammad Abdul Rahman (tengah) sedang memeriksa kawalan kehormatan di Mindef pada Isnin sempena lawatannya selama tiga hari ke sini. - Foto MINDEF
PERKUKUH HUBUNGAN: Jeneral Mohammad Abdul Rahman (tengah) sedang memeriksa kawalan kehormatan di Mindef pada Isnin sempena lawatannya selama tiga hari ke sini. - Foto MINDEF -

MENTERI Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, bertemu Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Mohammad Abdul Rahman, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Isnin.

Dr Ng dan Jeneral Mohammad membincangkan cara untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan bagi menangani cabaran keselamatan bersama di rantau ini semasa mesyuarat itu, kata Mindef.

Lawatan Jeneral Mohammad selama tiga hari ke Singapura, yang bermula Ahad, menyerlahkan hubungan pertahanan dua hala yang "baik dan lama" antara dua negara, ujar Mindef lagi.

Kementerian itu menambah bahawa kedua-dua tentera berinteraksi secara kerap merentasi pelbagai kegiatan, seperti latihan dua hala, lawatan, pertukaran profesional, dan platform pelbagai hala seperti Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean.

"Interaksi ini telah meningkatkan persefahaman bersama dan hubungan profesional antara anggota kedua-dua tentera," kata Mindef.

Jeneral Mohammad, yang berada di Singapura sehingga Selasa, memeriksa kawalan kehormatan di Mindef pada Isnin dan turut bertemu Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Muda Aaron Beng; dan Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral David Neo.

Beliau juga dijadual melawat ibu pejabat Divisyen Singapura Ketiga di Kem Jurong dan merasmikan secara bersama majlis perasmian Latihan Semangat Bersatu, latihan dua hala tahunan antara angkatan tentera Singapura dengan Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg