HAD perhimpunan lima orang boleh ditiadakan jika semua pihak boleh bekerjasama dan terus berwaspada, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen pada Isnin (5 Oktober).
Menjawab soalan dari beberapa Anggota Parlimen (AP), Encik Gan berkata membenarkan kumpulan lebih besar untuk berhimpun membolehkan keluarga lebih besar atau kumpulan rakan lebih besar bertemu dan makan bersama-sama.
Encik Gan berkata:
"Kami, terutama sekali, prihatin mengenai kegiatan makan bersama kerana kita bukan sahaja perlu menanggalkan pelitup untuk makan dan minum, malah biasanya berbual-bual pada masa yang sama. Risikonya lebih tinngi berbanding kegiatan lain di mana kita boleh kekal memakai pelitup dan mematuhi jarak selamat.
Soalan mengenai had perhimpunan lima orang itu ditimbulkan di parlimen kerana Singapura telah mengurangkan beberapa sekatan akibat Covid-19 sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Encik Gan Singapura telah pun mengorak langkah besar terhadap memulakan semula kegiatan ekonomi dan sosial dengan cara yang selamat.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg