Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Parlimen takrif perkahwinan antara lelaki dan wanita

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



Selaras dengan pemansuhan itu, beliau berkata pemerintah akan mengambil langkah melindungi perkahwinan, kerana mengikut undang-undang, perkahwinan seperti yang ditakrifkan sekarang boleh dicabar atas alasan perlembagaan di mahkamah, sama seperti bagaimana Seksyen 377A telah dicabar.



Encik Shanmugam berkata untuk mengelakkan perkara itu, pemerintah merancang untuk menyatakan secara jelas dalam Perlembagaan bahawa Parlimen boleh mentakrifkan institusi perkahwinan mengikut cara yang telah ditakrifkan dalam Piagam Wanita, dan boleh membuat dasar pro-keluarga lain berdasarkan takrif itu.



Ini akan menjadikan ia sukar untuk mencabar takrif perkahwinan dan dasar yang bergantung padanya, tambah beliau.



Jika ini tidak dilakukan, terdapat risiko takrif perkahwinan boleh dicabar atas dasar diskriminasi di bawah Artikel 12 Perlembagaan, yang menjamin perlindungan sama rata di bawah undang-undang.



"Ia boleh dicabar, ia boleh ditanya... kenapa perkahwinan hanya antara lelaki dengan wanita sahaja? Kenapa dua lelaki atau dua wanita tidak boleh berkahwin?



"Seseorang boleh berhujah bahawa dasar perkahwinan melanggar Artikel 12, dan hujah seperti itu mengenai perkahwinan telah dibuat di tempat lain dengan jayanya," kata beliau.



Ini bukan hanya menjejas perkahwinan, namun juga banyak undang-undang dan dasar lain yang dibina berdasarkan takrif perkahwinan semasa sebagai antara lelaki dengan wanita, seperti dasar mengenai perumahan awam, pendidikan dan dasar media, tambah beliau.



Namun, isu politik seperti itu tidak harus ditentukan oleh badan kehakiman, tetapi oleh Parlimen, kata beliau.



Malah, pindaan Perlembagaan yang dicadangkan itu membuka peluang kepada Parlimen untuk mengubah takrif perkahwinan melalui majoriti mudah.



Walaupun pindaan Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen untuk diluluskan, perubahan kepada bahagian undang-undang lain, termasuk pemansuhan Seksyen 377A, memerlukan majoriti mudah.



Encik Shanmugam berkata:



"Kedudukan pemerintah ini amat jelas dan anda juga telah mendengar apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



"Kami komited untuk mengukuhkan struktur perkahwinan semasa, mengukuhkan struktur keluarga dan dasar yang mengelilingi struktur keluarga itu.



"Kami fikir itulah yang asas bagi Singapura. Dan malah, kami akan meminda Perlembagaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka."



Beliau menambah bahawa mana-mana parti politik atau kumpulan yang ingin mendorong perkahwinan sejenis akan boleh berbuat demikian.



"Mereka akan perlu meletakkan itu dalam manifesto mereka, bertanding dalam pilihan raya, mendapatkan majoriti dan kemudian menukar takrif perkahwinan," kata beliau.



Kumpulan agama dan konservatif telah meminta jaminan bahawa perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita akan dilindungi di bawah undang-undang jika Seksyen 377A dimansuhkan, dan telah meminta takrif itu untuk termaktub dalam Perlembagaan.



Ditanya mengenai perkara itu, Encik Shanmugam berkata:



"Saya ingin menjelaskan kerana saya fikir terdapat beberapa kekeliruan. Takrif perkahwinan tidak akan ada dalam Perlembagaan. Itu bukan niatnya."




AGAR TAKRIF PERKAHWINAN TIDAK BOLEH DICABAR ATAS DASAR DISKRIMINASI



Ia boleh dicabar, ia boleh ditanya... kenapa perkahwinan hanya antara lelaki dengan wanita sahaja? Kenapa dua lelaki atau dua wanita tidak boleh berkahwin?



Seseorang boleh berhujah bahawa dasar perkahwinan melanggar Artikel 12, dan hujah seperti itu mengenai perkahwinan telah dibuat di tempat lain dengan jayanya.




PEMERINTAH KOMITED PERKUKUH STRUKTUR PERKAHWINAN DAN INSTITUSI KELUARGA



Kedudukan pemerintah ini amat jelas dan anda juga telah mendengar apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Kami komited untuk mengukuhkan struktur perkahwinan semasa, mengukuhkan struktur keluarga dan dasar yang mengelilingi struktur keluarga itu.



Kami fikir itulah yang asas bagi Singapura. Dan malah, kami akan meminda Perlembagaan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. "




JIKA ADA PIHAK MAHU MENDORONG PERKAHWINAN SEJENIS



Mereka akan perlu meletakkan itu dalam manifesto mereka, bertanding dalam pilihan raya, mendapatkan majoriti dan kemudian menukar takrif perkahwinan.
- Encik K. Shanmugam, Menteri (Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri).



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >