Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan suami isteri urus korban luar negara buat julung kali

Jul 02, 2021 | 05:30 AM



BAGAIKAN sudah menjadi satu kebiasaan bagi pasangan suami isteri, Encik Ruzaini Raaziq Lee dan Cik Hur Zaimah Fadlon, menyingsing lengan dalam menjalankan ibadah korban di masjid Singapura.



Mereka membantu sebagai sukarelawan mengagihkan daging korban atau menyembelih haiwan korban tersebut.



Namun, dengan tiadanya ibadah korban dilaksanakan di Singapura sejak tahun lalu dek Covid-19, mereka mengambil keputusan menyedia khidmat korban di luar negara.



"Kami ingin mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah kami lakukan. Oleh kerana kami tidak dapat membantu dari segi tenaga dengan menolong di masjid sebagainya, kami mencuba inisiatif yang lain untuk sampaikan kepada masyarakat.



"Dalam masa yang sama, kami dapat menimba pengalaman dan memperluaskan ilmu dalam bidang ini. Niat kami adalah untuk mengajak ahli keluarga, kenalan dan juga orang ramai untuk tidak melepaskan peluang emas beribadah," kata Encik Ruzaini, 32 tahun.



Memandangkan ini merupakan usaha sulung mereka dalam menyediakan khidmat ini, mereka telah bekerjasama dengan syarikat Al-Hakeem Services, yang juga pernah menjalankan ibadah korban mereka sendiri di luar negara seperti di Indonesia, Kenya , India dan Afrika.



Menurut Encik Ruzaini, Al-Hakeem Services akan bekerjasama dengan badan kemanusiaan di negara tersebut, untuk menyumbang daging korban bagi golongan yang memerlukan di sana.



Harga bagi seekor kambing di Indonesia dan Kenya adalah $195, sementara lembu dari India dan Afrika berharga $990.



Pakej korban yang ditawarkan pasangan ini juga termasuk sijil penyertaan, laporan pelaksanaan ibadah korban serta e-gambar (hanya untuk kambing indonesia sahaja). Mereka juga menawarkan harga promosi bagi mereka yang ingin mendapatkan dua ekor kambing dengan harga $375 seekor.



"Dengan memilih perkhidmatan kami, pelanggan akan diberi pilihan sama ada ingin memilih kambing atau lembu dan acara ini akan dijalankan di negara yang terpilih," kata Cik Hur Zaimah, juga 32 tahun.



Pasangan yang mempunyai empat anak berusia antara lima hingga 14 tahun merupakan antara segelintir pasangan atau individu yang menawarkan khidmat korban yang biasanya akan ditawarkan oleh syarikat, badan setempat mahupun madrasah.



Mengulas tentang hal ini, Cik Hur Zaimah berkata:



"Kami gembira kerana lebih banyak individu seperti kami tampil ke hadapan dan memberikan perkhidmatan ini supaya dapat meluaskan lagi jangkauan khidmat korban ini.



"Menerusi usaha ini, kami juga dapat membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan.



"Ia memberi kami kepuasan serta pengalaman baru dalam hal ini."



Menurut Encik Ruzaini, mereka telah menyasarkan untuk membantu sekitar 40,000 keluarga di empat negara tersebut menerusi khidmat ibadah korban mereka.



Meskipun ini merupakan kali pertama mereka menguruskan khidmat ini, kedua-dua pasangan itu berkata mereka sudahpun mempertimbangkan menyediakan khidmat ibadah korban ini sekali lagi di masa hadapan.



"Jika ada peluang di tahun akan datang, kami ingin memperluaskan pilihan kami kepada negara lain juga, insya-Allah.



"Dan sekiranya kami dibenarkan membuat perjalanan ke luar negara, kami mahu mengambil kesempatan itu untuk berada di negara di mana kami lakukan ibadah korban ini dan membantu mereka untuk mendapatkan pengalaman baru," ujar Encik Ruzaini.




"Kami gembira kerana lebih banyak individu seperti kami tampil ke hadapan dan memberikan perkhidmatan ini supaya dapat meluaskan lagi jangkauan khidmat korban ini."
- Cik Hur Zaimah Fadlon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >