Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bertindak sokong kesihatan mental warga SG

Pasukan bertindak baru akan beri tumpuan pada isu yang memerlukan kerjasama pelbagai dan antara agensi: Janil
Aug 24, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH pasukan bertindak antara agensi mengenai kesihatan dan kesejahteraan mental telah ditubuhkan pada bulan lalu untuk menyediakan sokongan kesihatan mental kepada rakyat Singpura semasa pandemik Covid-19 ini dan selanjutnya.



Pasukan bertindak itu dibentuk hasil usaha memperluaskan Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 (CoMWT), yang ditubuh pada Oktober tahun lalu, untuk menjalankan kajian ke atas kesan psikososial pandemik terhadap penduduk negara, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya semalam.



Pasukan bertindak baru itu dipengerusikan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, dan akan menyelia usaha kesihatan dan kesejahteraan mental yang dijalankan.



Kesan besar pandemik ke atas kesihatan mental terutama belia, warga emas



Ini selepas beberapa statistik dan kajian setempat menunjukkan pandemik Covid- 19 mempunyai kesan besar terhadap kesejahteraan mental bagi lapisan penduduk Singapura yang berbeza, termasuk belia dan warga emas.



Dr Janil berkata pasukan bertindak baru itu akan memberi tumpuan pada isu yang memerlukan kerjasama pelbagai dan antara agensi.



"Kami sudah pun memulakan kerja. Baru-baru ini, kami bertemu untuk membincangkan tentang beberapa bidang tumpuan dalam beberapa bulan mendatang, terutamanya bagaimana membina daya ketahanan mental penduduk kita.



"Kami berharap dapat mendekati rakyat Singapura dalam usaha nasional penting ini untuk mempertingkat kesihatan kita dari segi mental dan kesejahteraan kita," kata beliau.



Semalam, CoMWT mengeluarkan laporan terakhirnya yang membentangkan dapatan dan saranan bagi mempertingkat strategi kesihatan mental nasional.



Antara tiga isu utama yang dikemukakan adalah keperluan bagi mempunyai strategi pemerintah yang menyeluruh, mempertingkat akses untuk mendapatkan maklumat tentang bantuan kesihatan mental sedia ada dengan mudah, dan meningkatkan keupayaan karyawan kesihatan mental menerusi latihan.



Dalam usaha menangani jurang tersebut, CoMWT menyarankan agar sebuah Strategi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental Nasional dibangunkan untuk menyediakan matlamat dan strategi menyeluruh untuk mempertingkat kesihatan dan kesejahteraan mental penduduk.



Dr Janil berkata pemerintah akan menjalankan satu latihan konsultasi awam mengenai strategi itu pada tahun depan.



Demi menyediakan maklumat mengenai pelbagai bantuan sedia ada pula, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) kini sedang membangunkan sebuah laman sehenti bagi sumber kesihatan mental nasional di HealthHub.



Versi perintis laman itu dirancang dilancarkan pada tahun ini.



Ini akan memberi keyakinan kepada mereka yang sedang mencari maklumat untuk diri sendiri atau orang tersayang bahawa maklumat dan kandungan yang dibaca itu boleh dipercayai dan telah dipilih oleh pakar, kata Dr Janil.



CoMWT juga mengemukakan saranan bagi sebuah rangka kerja latihan kecekapan kesihatan mental nasional dibangunkan untuk menetapkan standard latihan dan tahap kecekapan yang dijangkakan daripada karyawan yang menyokong individu dengan isu kesihatan mental.



"Agensi yang menyediakan latihan kesihatan mental ini kepada masyarakat telah pun mula melakarkan latihan yang diperlukan sesuai dengan khalayak sasaran," kata Dr Janil.



Pasukan bertindak antara agensi mengenai kesihatan dan kesejahteraan mental baru itu akan memantau pelaksanaan tiga saranan CoMWT itu.



Menurut satu kajian mendalam mengenai kesejahteraan mental penduduk semasa pandemik ini oleh Institut Kesihatan Mental (IMH), sekitar 13 peratus penduduk yang ditinjau melaporkan mengalami tanda-tanda kemurungan atau kegelisahan antara Mei tahun lalu dengan Jun tahun ini.



Tinjauan oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) pula menunjukkan kesejahteraan mental merupakan satu cabaran bagi 52 peratus belia yang ditinjau semasa separuh kedua tahun lalu.



Antara punca tekanan yang paling banyak disebutkan belia ialah kegelisahan mengenai masa depan, tekanan mengenai kewangan serta kebimbangan mengenai prestasi akademik atau pekerjaan.



Sementara itu, kajian Panel Hayat Singapura oleh Pusat Kajian mengenai Penuaan Berjaya Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mendapati responden warga emas melaporkan lebih rasa terasing ketika langkah pemutus litar bermula pada April tahun lalu, dengan peningkatan lebih besar bagi mereka yang tinggal bersendirian.




SEKILAS



TIGA ISU YANG DIUTARAKAN:



- Keperluan bagi strategi seluruh pemerintah yang menyeluruh



- Keperluan pertingkat akses untuk dapatkan maklumat tentang bantuan kesihatan mental sedia ada dengan mudah



- Keperluan bagi sumber latihan kesihatan mental dijajarkan dengan lebih baik dan lebih ramai karyawan kesihatan mental dilatih



TIGA SARANAN YANG DIBENTANGKAN:



- Bangunkan strategi menyeluruh mengenai kesihatan dan kesejahteraan mental



- Sediakan portal dalam talian sehenti bagi sumber kesihatan mental nasional



- Bangunkan rangka kerja latihan kecekapan kesihatan mental nasional




"Agensi yang menyediakan latihan kesihatan mental ini kepada masyarakat telah pun mula melakarkan latihan yang diperlukan sesuai dengan khalayak sasaran."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >