Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan saran wujudkan peluang tanpa batas dalam talian bagi firma, rakyat

May 17, 2021 | 01:43 PM



SEBUAH pasukan bertindak yang dibentuk semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) tahun lalu, berkata negara ini dapat mewujudkan peluang baru dalam alam maya selepas pandemik Covid-19 jika negara ini memanfaatkan kekuatannya.



Dengan membawa aspirasi Negara Bijak ke peringkat sejagat, ia membolehkan Singapura memanfaatkan peluang tanpa had dalam alam maya bagi perniagaan dan rakyat.



Ia merupakan antara saranan dikemukakan oleh Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) yang membentangkan saranannya pada Isnin (17 Mei).



Pasukan itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee dan ketua pegawai eksekutif (CEO) PSA International, Encik Tan Chong Meng. Ia dibentuk atas saranan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di bawah Majlis Ekonomi Masa Hadapan (FEC) yang dipengerusikannya.



"Kita sentiasa mencari jalan bagi ekonomi kita untuk melampaui batas fizikal kita - sebagai hab udara utama, pusat maritim antarabangsa, hab untuk perkhidmatan kewangan dan profesional, dan pintu masuk yang dipercayai ke Asia. Kita harus melakukan hal yang sama di alam maya,'' ujar laporan itu.



Sedang perniagaan merombak dengan perubahan digital, pekerja perlukan kemahiran yang tepat untuk mengambil peranan pekerjaan baru atau yang direka bentuk semula.



Selain perniagaan, ada ruang untuk penyedia latihan, Institut Pengajian Tinggi dan kesatuan sekerja untuk memainkan "peranan yang lebih besar dan lebih mampan" dalam meningkatkan dan membuat jalur kemajuan kerjaya bagi pekerja.



Pada masa yang sama, Singapura harus tetap terbuka terhadap bakat dari luar negeri untuk meningkatkan tenaga kerja tempatan. .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >