Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan vaksinasi bergerak ke kejiranan

Usaha galak warga emas dapatkan vaksinasi Covid-19
Jul 16, 2021 | 05:30 AM



SEHINGGA 10 pasukan vaksinasi bergerak akan dikerahkan ke beberapa lokasi perumahan yang dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai bilangan penduduk warga emas yang tinggi, sedang pemerintah mempertingkat usaha pendekatannya bagi menggalak lebih ramai warga emas mendapatkan vaksinasi.



Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pasukan itu akan ditempatkan di beberapa lokasi berdekatan dengan tempat tinggal penduduk warga emas seperti di Kelab Masyarakat (CC) yang tidak digunakan sebagai pusat vaksinasi, serta pusat Jawatankuasa Penduduk yang terletak di blok-blok kediaman.



Usaha itu juga akan dijalankan secara berperingkat dengan pasukan pertama telah dikerahkan ke Anchorvale CC pada 7 hingga 13 Julai lalu untuk memberikan dos pertama.



Ini disusuli dengan Kallang dan Whampoa CC (14 hingga 21 Julai, namun ditutup pada Hari Raya Aidiladha), Changi Simei CC (22 hingga 28 Julai) dan yang terakhir di Paya Lebar Kovan CC pada 29 Julai hingga 4 Ogos.



Pasukan itu kemudian akan kembali ke lokasi yang sama "untuk memastikan mereka yang telah menerima dos pertama akan mendapat dos kedua mereka di lokasi yang sama" tambah MOH.



"Ini sangat kritikal kerana warga senja adalah kumpulan yang paling mudah terdedah dan berisiko lebih tinggi untuk jatuh sakit sekiranya dijangkiti Covid-19.



"Selain faktor usia dan mungkin keadaan kesihatan yang tidak diketahui, sistem imun tubuh mereka mungkin lemah. Tanpa vaksinasi, mereka mungkin tidak dapat melawan virus tersebut," ujar MOH.



Buat masa ini, sekitar tujuh dalam 10 warga emas berusia 70 tahun ke atas telah mendapatkan sekurang-kurangnya dos vaksinasi pertama mereka.



Menulis di Facebook semalam, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata warga senja Singapura merupakan kumpulan yang paling memerlukan vaksinasi ini berbanding kumpulan usia lain.



Mereka juga mempunyai kadar pendaftaran terendah untuk mendapatkan vaksinasi, dengan hanya 71 peratus.



"Bilangan penduduk warga senja selebihnya semakin sukar untuk didekati," tulis Encik Ong.



"Kami akan berusaha dengan lebih gigih. Ini melibatkan usaha pendekatan warga senja kami untuk membantu menghilangkan segala keraguan mereka selain mendekatkan lagi (pusat) vaksinasi dengan mereka."



Warga senja berusia 60 tahun ke atas boleh sahaja ke mana-mana pusat vaksinasi tanpa perlu membuat janji temu terlebih dahulu.



Dalam pada itu, MOH juga akan meminta penyedia penjagaan utama, termasuk doktor umum (GP) swasta dan poliklinik, untuk terus membantu dalam mempergiat lagi usaha vaksinasi ini.



Lebih banyak Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) akan menyertai program vaksinasi nasional dalam beberapa minggu mendatang ini, bermula dengan klinik-klinik yang terletak di Bedok, Bukit Merah, Hougang dan Tampines.



Penyedia penjagaan utama juga telah digesa untuk memujuk pesakit warga senja mereka untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19 jika mereka belum melakukannya.



Di samping itu, kakitangan dan sukarelawan dari Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) juga akan menghubungi warga senja yang belum mendapatkan vaksinasi menerusi lawatan ke rumah dan membantu menjawab segala pertanyaan atau masalah mereka.



Mereka juga akan memberikan nasihat tentang lokasi vaksinasi terdekat dan membantu warga senja yang memerlukan bantuan untuk ke pusat vaksinasi.



Sementara itu, bagi mereka yang tidak dapat keluar disebabkan isu kesihatan, mereka boleh menghubungi SGO di talian 1800-650-6060 untuk mendapatkan khidmat vaksinasi di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >