Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PCF derma $400,000 beg hadiah bagi 7,800 warga emas tinggal sendiri

Feb 04, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Masyarakat PAP (PCF) telah menderma hampir $400,000 kepada Lions Befrienders untuk menyokong 7,800 warga emas yang berada di bawah perkhidmatan dan program penjagaan warga emas badan amal tersebut.



Sumbangan $398,400 itu akan digunakan untuk membeli barangan bagi beg hadiah yang dinamakan Bag of Love (Beg Cinta) untuk warga emas yang mudah terjejas.



Setiap beg mengandungi barangan isi rumah seperti sabun mandi dan barangan bagi menghilangkan rasa sakit badan seperti koyok.



Troli yang boleh dilipat atau tongkat yang turut boleh menjadi kerusi juga diberikan, bergantung kepada keperluan warga emas.



Barangan itu telah dipilih bagi memastikan warga emas dapat mengambil bahagian dalam kegiatan masyarakat dengan lebih mudah, dan kesejahteraan sosial dan emosi mereka dipertingkat.



Di majlis penyampaian cek semalam di Pusat Penuaan Aktif Lions Befrienders, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata sumbangan derma itu bertujuan meningkatkan kehidupan golongan yang mudah terjejas itu.



Cik Indranee, yang merupakan ahli Jawatankuasa Pengurusan Amal PCF, berkata:



"Sebagai sebuah yayasan amal, PCF komited meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan masyarakat, kebajikan, penjagaan warga emas dan pendidikan bermutu.



"Kami percaya kepada kuasa kerjasama membantu lebih banyak keluarga dan individu yang memerlukan. Kerjasama kami dengan Lions Befrienders adalah satu contoh sedemikian."



Ini adalah sumbangan wang tunai pertama daripada PCF kepada Lions Befrienders.



Warga emas di bawah penjagaan Lions Befrienders rata-rata tinggal bersendirian di flat sewa dengan tiada sokongan keluarga atau hanya menerima sokongan keluarga yang terhad, kata PCF dalam satu kenyataan semalam.



Disebabkan itu, mereka lebih berkemungkinan menjalani kehidupan sosial yang terasing. Pandemik ini pula telah memburukkan lagi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial mereka.



Lions Befrienders menyokong warga emas itu menerusi pelbagai program dan perkhidmatan mereka yang membantu golongan itu meningkatkan mutu kehidupan mereka.



Acara penyampaian cek semalam menandakan permulaan pengagihan beg-beg itu yang akan dijalankan secara berperingkat dalam masa enam bulan akan datang.



Beg-beg itu akan dibungkus dan diagihkan oleh kakitangan dan relawan pusat Lions Befrienders.



Antara warga emas yang menerima beg itu semalam ialah Encik Hassan Abdul Haji yang berusia 100 tahun.



Beliau, yang tinggal sendiri setelah isterinya meninggal dunia pada 2016, telah mengunjungi Pusat Penuaan Aktif Lions Befrienders di Mei Ling Street sejak 2001.



"Saya biasanya berjalan kaki dari rumah saya ke pusat itu. Tongkat kerusi baru ini sangat berguna untuk saya. Kalau saya rasa penat, saya boleh duduk dan berehat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >