Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PCF sedia lebih tempat prasekolah, pusat warga emas

DPM Wong: Program sains, teknologi dan keusahawanan akan diperluas di tadika PCF
Sep 12, 2022 | 05:30 AM



YAYASAN Masyarakat PAP (PCF) akan menyediakan sekitar 2,500 tempat prasekolah baru menjelang hujung tahun depan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi seperti Bidadari dan Tampines North.



Yayasan itu juga akan membina lebih banyak pusat penjagaan warga emas dalam lima tahun akan datang, dengan pusat jagaan PCF Sparkle Care yang kelapan akan dibangunkan di Bukit Panjang pada 2024 atau 2025.



Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha yayasan itu untuk meluaskan perkhidmatan prasekolah dan penjagaan warga emas.



Ini diumumkan yayasan itu di acara tahunan Hari Keluarga PCF di Taman Haiwan Singapura semalam, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



PCF Sparkletots merupakan pengendali prasekolah terbesar di Singapura, dengan lebih 40,000 kanak-kanak didaftar di sekitar 360 prasekolahnya di serata negara.



Untuk membekalkan kanak-kanak prasekolah dengan kemahiran untuk masa depan, PCF pula akan memperluaskan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik, Inovasi dan Keusahawanan (STEMIE) di semua tadika PCF.



"Ini bertujuan mencabar kanak-kanak prasekolah kami untuk memikir secara kreatif, mengkaji serta mewujudkan huraian praktikal kepada masalah dunia sebenar," ujar Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di acara itu.



Hampir 50,000 kanak-kanak akan meraih manfaat daripada program STEMIE yang diperluas di tadika PCF, berbanding 13,500 kanak-kanak sekarang.



Selain itu, lebih banyak yang akan dilakukan untuk memastikan kanak-kanak meraih peluang pembelajaran yang sama tidak kira tahap keupayaan mereka.



Menjelang awal tahun depan, sebanyak 260 prasekolah akan mempunyai penyelaras inklusif dalam kalangan kakitangan sedia ada yang akan dilatih untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi keperluan pembangunan.



Kakitangan ini juga akan membantu guru dan ibu bapa untuk mendapatkan sokongan yang disasarkan.



Ketua Pegawai Eksekutif PCF, Encik Victor Bay, berkata: "PCF kekal berdedikasi menyediakan akses kepada pendidikan dimampui dan bermutu untuk setiap kanak-kanak dan kami bangga dengan usaha berterusan untuk membekalkan kanak-kanak kami dengan kemahiran penting untuk masa depan."



Dalam sektor penjagaan warga emas pula, PCF akan meluaskan kemudahan tersebut dalam tahun-tahun akan datang.



Usaha ini sejajar dengan sasaran Kementerian Kesihatan (MOH) untuk meluaskan perkhidmatan penjagaan warga emas bagi memenuhi keperluan penduduk menua.



Buat masa ini, PCF menyediakan tujuh pusat jagaan warga emas, dengan sekitar 440 klien di pusat jagaan harian, dan 430 klien yang menjalani terapi rawatan.



PCF juga akan meluaskan skop perkhidmatan di pusat jagaan warga emas, dengan menyediakan perkhidmatan seperti program penuaan aktif, program pendamping, dan perkhidmatan rujukan.



Dalam pada itu, PCF Kawasan North West juga telah mengumpul $460,000 untuk diagihkan kepada 18 benefisiari termasuk Pusat Penuaan Aktif Fei Yue (Limbang), Pusat Penuaan Aktif Lions Befrienders @ Ghim Moh 18 dan Pusat Belia Kemanusiaan Tzu Chi.



Dalam ucapannya lagi, Encik Wong berkata warga Singapura mesti kekal bersatu padu sedang ia menghadapi cabaran baru sebagai sebuah masyarakat.



"Singapura mesti terus menjadi masyarakat yang menyediakan peluang kepada semua, tidak kira latar belakang dan garis permulaan kita. Pada masa yang sama, kita harus terus memberi jaminan dan menjaga satu sama lain, khususnya mereka yang mempunyai keperluan penjagaan yang lebih tinggi, seperti warga emas kita," ujar Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >