Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Aetos didakwa rompak $24K dengan pistol

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pegawai polis bantuan telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata - kesalahan jenayah pertama dalam tempoh 15 tahun.



Mahadi Muhammad Mukhtar, 38 tahun, didakwa merompak unit di Jurong Gateway Road dan melarikan diri dengan wang tunai lebih $24,000 pada 3.55 petang Isnin kelmarin, kata polis.



Siasatan awal mendapati bahawa kakitangan di unit tersebut ditunjukkan satu nota yang berkata: "Ini adalah sebuah rompakan, jangan menjerit. Ada sepucuk pistol di dalam poket saya. Letakkan kesemua wang di dalam beg."



Kakitangan itu kemudian memberi wang tunai tersebut sebelum dia melarikan diri, menurut laporan The Straits Times (ST).



Mahadi didakwa membawa senjata api semasa rompakan tapi tidak menunjukkan kepada kakitangan tersebut.



Dia dipercayai bertindak bersendirian, kata polis di dalam satu kenyataan.



Polis menambah rompakan bersenjata terakhir berlaku pada 2006 di kedai menjual tiket judi di pusat membeli-belah Sun Plaza.



Melalui siasatan meluas, dibantu oleh gambar-gambar yang dirakam kamera polis dan kamera litar tertutup dari kedai, para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Perisik Polis dan Divisyen Polis Clementi, dengan bantuan kakitangan Aetos, dapat mengenal pasti identiti perompak, yang merupakan seorang pegawai polis bantuan Aetos yang sedang bertugas.



Dia ditangkap dalam masa lima jam selepas kejadian rompakan.



Polis berkata suspek rompakan telah melaporkan untuk bertugas di ibu pejabat Aetos di Corporation Drive sebelum memulakan tugasannya pada hari Isnin dan mengeluarkan senjata api, dan kemudian menukar pakaian seragam yang telah dipakai dan keluar dari ibu pejabat tanpa mendapatkan kebenaran.



Selepas melakukan kesalahan tersebut, dia pulang ke ibu pejabat, mengenakan semula pakaian seragamnya dan menaiki kenderaan syarikat untuk ke lokasi tugasannya.



Mahadi telah memindahkan wang hasil rompakan ke beberapa akaun bank untuk membayar hutang-hutangnya kepada peminjam tidak berlesen.



Wang tunai berjumlah kira-kira $17,500 telah ditemui semula, dan usaha mendapatkan semula baki wang sedang dijalankan, kata polis.



Mahadi telah dihadapkan ke mahkamah pagi semalam atas beberapa dakwaan, termasuk memiliki senjata api secara tidak sah dalam pelanggaran kesalahan berjadual.



Dia telah direman dan dijangka dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada 21 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >