Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Muis cekap urus pembelajaran madrasah semasa pandemik

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



KESAN pandemik Covid-19 telah memberi 'hikmah' di sebalik kesukaran yang melanda ramai orang.



Inilah yang dilalui Ketua Pendidikan Belia dan Masyarakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Cik Zanaria Jusary, tatkala terlibat dalam perancangan pembelajaran dan latihan untuk para pelajar serta tenaga pengajar di madrasah sepenuh masa di sini sepanjang tempoh itu.



"Bayangkan sebelum ini, jarang sekali kita dengar pembelajaran menerusi platform seperti Zoom yang dilaksanakan di madrasah.



"Tahu-tahu sahaja, apabila litar pemutus dikenakan, semua pembelajaran dan latihan terpaksa beralih secara dalam talian.



"Agak kelam kabut juga, namun kami semua dapat laksanakannya dengan baik," kata Cik Zanaria, 36 tahun, yang menganggap banyak 'pintu peluang' yang terbuka sepanjang dua tahun lalu.



Ibu kepada seorang anak lelaki itu terlibat secara langsung dalam perancangan peralihan pembelajaran dan latihan untuk para pelajar serta guru madrasah sepanjang tempoh sekatan pergerakan dikenakan.



Dengan segera beliau menggembleng tenaga para wakil madrasah selain pasukannya sendiri, untuk menubuhkan pasukan bertindak bagi merancang pelaksanaan pembelajaran di rumah untuk para pelajar, selain pedagogi pembelajaran dan latihan untuk kakitangan pengajar madrasah.



Dua tahun sudah berlalu, dan hasilnya semua madrasah mampu melaksanakan pembelajaran secara dalam talian dengan lancar.



Atas dedikasi serta komitmennya dalam melaksanakan tugasannya, Cik Zanaria terpilih selaku salah seorang penerima Anugerah Transformasi Sektor Awam (PST), semalam.



Anugerah PST merupakan penganugerahan tahunan yang mengiktiraf agensi awam serta para pegawai di atas kecemerlangan mereka dalam tugasan serta amalan organisasi, yang mencerminkan ciri-ciri PST seperti ketangkasan, inovasi, dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.



Ia terdiri daripada 14 kategori.



Tahun ini seramai 67 penerima dari 12 kategori telah menerima anugerah tersebut di satu majlis yang diadakan sebagai sebahagian daripada Minggu Perkhidmatan Awam (PSW) 2022.



Tema bagi acara tahun ini ialah "Jadi Yang Baru" - menggesa Perkhidmatan Awam untuk membangunkan minda, keupayaan dan perspektif baru bagi memenuhi cabaran dan membina masa depan yang lebih cerah untuk Singapura.



Cik Zanaria yang dihubungi berkata beliau terlibat dalam membangunkan rancangan latihan madrasah, selain memimpin pasukan bertindak Pembelajaran Di Rumah (HBL) bagi madrasah.



Beliau juga menyokong dalam menghasilkan budaya inovatif dalam kalangan guru madrasah, dengan menghasilkan 'pakej' HBL serta mengubah sukatan pelajaran kepada kandungan bersaiz lebih kecil dan digital yang berkualiti.



Selain itu, beliau turut menggalak pembelajaran dalam kalangan guru menggunakan satu rangka kerja yang membenarkan mereka mendapat maklum balas langsung menerusi pemantauan terhadap reaksi pelajar.



"Kini, sumber-sumber pembelajaran dapat diperolehi secara dalam talian.



"Usaha masih diteruskan untuk memastikan lebih banyak sumber pembelajaran lain dapat juga dialihkan secara dalam talian, jadi apabila berlakunya sekatan pergerakan sekali lagi, kami sudah lebih bersedia," jelasnya.




"Kini, sumber-sumber pembelajaran dapat diperolehi secara dalam talian.

Usaha masih diteruskan untuk memastikan lebih banyak sumber pembelajaran lain dapat juga dialihkan secara dalam talian, jadi apabila berlakunya sekatan pergerakan sekali lagi, kami sudah lebih bersedia."

- Cik Zanaria Jusary, Ketua Pendidikan Belia dan Masyarakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >